Isnin, 20 Mac 2017

Sup Brokoli dengan Bebola Sepit Ketam








Bahan-Bahan:
1 mangkuk brokoli -dipotong dan cuci bersih rendam sebentar dalam air garam
1 batang karet - potong dadu sederhana
1 peket bebola sepit ketam - dalam 10-12 biji
3 batang fish cake - dihiris sederhana tebal
1 labu bawang besar - diracik halus
4 ulas bawang putih - dicincang
1 kiub pati ayam
sedikit lada sulah serbuk 
secubit garam
air lebih kurang 1.5 - 2 liter bergantung pada banyak kuah sup yang kita nak

Cara:
  1. Masukkan air dalam periuk bersama bawang2 dan kiub pati ayam, rebus hingga mendidih masukkan karet yang didau dan bebola sepit ketam dan fish cake.
  2. Bila karet agak empuk kecilkan api dan masukkan brokoli, serbuk lada sulah dan sedikit garam..masakkan sebentar tak perlu hingga sayur layu, padamkan api dan hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain atau boleh dimakan begitu sahaja

Sabtu, 18 Mac 2017

RESEPI MEE KUAH DAGING






BAHAN-BAHAN :
  • 2 peket mee kuning - secukupnya
  • 1 kilo daging
  • 2.5 liter air rebusan daging
  • sos tomato secukupnya
  • sos cili secukupnya
  • 1 cawan kuah kacang
  • 3 biji kiub stock ikan bilis
  • 4 biji telur - utk pekatkan kuah
  • 3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :
  • 8 biji telur rebus - dipotong 2
  • hirisan cili merah secukupnya
  • hirisan daun bawang secukupnya
  • Sayur taugeh dan sawi dicelur - secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia

CARA MEMASAK :
  1. Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .
  2. Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih . Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi . Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak . Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah .
  3. Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu , rebus semua telur .
  4. Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup

Sabtu, 4 Mac 2017

Kerabu Maggie Simple..




Bahan2
  • Segenggam udang kering
  • Segenggam ikan bilis
  • Cili api 3 biji
  • Tomato
  • Daun ketumbar
  • Perahan limau nipis
  • Garam n sesedap rasa

Cara2
  1. Sangai udang kering n ikan bilis
  2. Blender kasar udang kering, ikan bilis n bawang besar..
  3. Gaul semuanya perah asam limau dan perasakan garam..