Selasa, 6 Disember 2016

SOTO AYAM









Bahan-bahan: Anggaran untuk 5-6 orang

½ ekor ayam (berat 900 g) } dipotong 2
300 g nasi himpit segera } direbus hingga masak kemudian sejukkan
1 sup bunjut Adabi
suhun } digoreng
1 tangkai daun bawang }dihiris
1 tangkai daun sup} dihiris
100 g kacang tanah }digoreng
2 sudu besar minyak untuk menumis
100 g taugeh } buangkan ekornya
air secukupn
garam secukup rasa

Bahan penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
1 batang serai
1/2 sudu besar jintan manis biji
1/2 sudu besar jintan putih biji
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu kecil lada sulah
2 biji buah keras

Cara membuat sup/kuah:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar & serbuk sup, goreng hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan air, ayam dan garam secukup rasa.
  4. Masak dgn api yg perlahan hingga ayam empuk.
  5. Setelah masak keluarkan ayam, ambil isinya siat-siatkan dan ketepikan. Tulang ayam dimasukkan balik kedalam kuah sup tadi.
  6. Ketika menghidang,isikan nasi impit ke dalam mangkuk kemudian masukkan pula suhun, taugeh, isi ayam, begedil, bawang goreng, daun bawang, daun sup, kacang goreng dan sambal kicap. Tuangkan kuah. Sedia untuk dimakan.

Bahan sambal kicap:
10 biji cili api
7 sudu besar kicap manis
1 ulas bawang putih

Cara membuat sambal kicap:

Campurkan semua bahan kemudian kisar halus.

Bahan untuk begedil:
500 g kentang
150 g daging kisar
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ gengam bawang goreng
1 biji telur
sedikit daun sup }dimayang
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuat begedil:
  1. Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga masak. Angkat ketepikan.
  2. Daging digoreng hingga kering airnya.
  3. Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan garam secukup rasa
  4. Gaul dan ramas-ramas hingga sebati.
  5. Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit.
  6. Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga keperangan.

Jumaat, 2 Disember 2016

Daging Gulai Kawah







Bahan 
1/2 kg daging lembu hiris nipis
1paket kerisik (40g) - mama ltk dlm 3 sudu mkn 
1 paket kecil kari daging- mama ltk dlm 5 sudu mkn sbb suka pekat2 
1 labu bawang merah (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2inci halia (kisar)
2 batang serai (ketuk)
3-4 sb cili giling
3 helai daun limau purut
1 cawan santan pekat (DJ ltk 1/3 cawan je)
Rempah 4 beradik
3sb gula merah - gula timbang brown color
2-3 keping asam keping
minyak
garam 
Air

Cara-Cara: 
  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi. 
  2. Masukkan cili giling masak hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
  4. Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
  5. Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.Kacau sekali sekala
  6. Biarkan sampai pekat.Tutup api.


Khamis, 1 Disember 2016

RESEPI MEE GORENG BASAH style cik ida







sumber : ieda roslida

Bahan- bahan :
mee kuning 1bungkus dibilas dan tos...
Sotong 10ekor dibersihkan potong dan tos..
Fish ball 1paket dibersihkan potong dan tos
Sayur sawi jepun 1ikat dibersihkan potong dan tos.. 
tomato 1biji dibersihkan dan dibelah 6 ..
Cili kisar 4sudu besar..
Sos cili 5sudu besar..
Sos tiram 1sudu besar..
Sos ikan 1sudu besar..
kicap pekat 1sudu besar..
Kicap manis 5sudu besar..
Kicap mee 2sudu besar..
air putih 1cawan kecil...
Minyak masak 2sudu besar untuk menumis...
Bahan2 tumbuk
Cili api 10biji
bwg putih 3ulas...
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat...


Cara-cara :
  1. Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar..
  2. Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit.. 
  3. masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil..
  4. Masak dan kacau2 bagi sebati... masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato... kacau2 bagi sebati dan masak.. siap
  5. Masak mee goreng basah style cik ida ni tak pakai garam gula dan aji.. sbb rasa kicap2 tu semua dh cukup...