Ahad, 31 Julai 2016

Kek lapis-lapis cheese







Bahan-bahan A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat
500ml susu segar(dipanaskan)
Bahan-bahan B:

500gm cheese cream (saya guna tatura)
10ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Cara membuat:

  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jgn sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dgn kertas minyak
  5. Panaskan susu segar di atas api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu(suam2 panas). Susun biskut tadi dalam bekas.
  7. Lepas tu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
  8. Ulang proses melapiskan biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
  9. Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dgn cara menapis serbuk biskut di atas lapisan cheese.
  11. Tekan2 sikit permukaan kek.
  12. Masukkan dalam peti sejuk, biarkan selama 6jam sebelum dipotong.


RESEPI IKAN KEMBONG BAKAR BERLADA








Bahan-bahannya :
● 3 ekor ikan kembung besar
● 3 sudu besar cili kering kisar
● 1 batang serai
● 2 ulas bawang merah
● 2 ulas bawang putih
● 2 cm halia
● Garam dan gula secukup rasa
● Daun pisang
● Limau kasturi jika suka

Cara-caranya :

  1. Ikan dikelar bahagian tengahnya.
  2. Kisar serai, bawang merah, bawang putih, halia, garam dan gula pasir. Campurkan cili kisar hingga sebati.
  3. Lumurkan bahan kisar pada ikan hingga rata dan bungkus dengan daun pisang.
  4. Panggang ikan guna kayu arang atau masukkan dalam ketuhar hingga masak atau bakar atas kuali leper hingga masak. Pusingkan supaya sekata masaknya.

Resepi Nasi Goreng Udang Sedap








Bahan-bahan
3 biji bawang putih - dicincang
2 biji bawang besar - dicincang
6 biji cili api- dihiris
3 Sudu sos tiram
2 biji telur
2 sudu sos ikan
Sayur kangkung
Carrot

Cara- cara 
  1. Panaskan minyak ( hanya guna 2 sudu minyak) dalam kuali
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah
  3. Masukkan sos tiram dan udang, apabila udang telah masak masukkan cili api
  4. Masukkan 2 biji telur, dipukul terlebih dahulu
  5. Masukkan nasi dan gaul rata 
  6. Masukkan sayur kangkung dan carrot 
  7. Masukkan sos ikan, garam secukup rasa dan gaul rata ok dah siap......

Khamis, 28 Julai 2016

KERABU MANGGA







Bahan-bahan
  • Mangga muda 1 biji
  • Udang kering 2sb (tengok gambar)
  • Bawang besar 1/2 biji (hiris nipis)
  • Limau nipis 2 biji (ambik jus)
  • Cili padi 2 tangkai (hiris)
  • Kacang tanah tumbuk
  • Sos ikan 2sb
  • Gula/Nisey kabung (tengok gambar)

Caranya
  • Campur je semua bahan..gaul2 je..siap

(klu takde gula kabung gantukan dgn gula merah halus)



Rabu, 27 Julai 2016

Resepi Nasi Goreng Paprik








Bahan-bahan Nasi Goreng
(3 orang makan)

3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 seduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut suka)
sayur kubis (ikut suka)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa

Cara-cara
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau..Then masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.
  2. Masukkan ayam dan paste tomyam kalau kering masukan sikit air...kacau dan biarkan sehingga ayam masak..
  3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan2 tadi sikit kering .. pastuh bole la masukkan nasi..gaul hingga sebati pastu masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata
  4. Lepas nampak mcm berasap dsyat nasi tuh bole la tutup api nk serve... heart emoticon

Bahan-bahan Untuk paprik campur
sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (cth kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)

Cara-cara
  1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau then masukkan cili giling dan tumis sampai garing
  2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air kacau sebati.
  3. Pastuh bole masukkan udang ayam dan sotong gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air..
  4. Bila semua dah masak boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran..gaul sampai semua masak kemudian boleh tutup api dan dihindangkan..

Selasa, 26 Julai 2016

Resepi Mi Hong Kong








Bahan-Bahan:
200gm mi kuning
2 biji telur
80gm udang | dibuang kulit
80gm sotong | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
3 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 helai daun sup | dihiris
50gm sawi | dihiris
40gm kobis | dihiris
30gm kobis bunga | dihiris
40gm lobak merah | dihiris
50ml air
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.
  4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.
  5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.
  6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.


Isnin, 25 Julai 2016

DAGING MASAK PAPRIK








Bahan-bahan
  • Daging 1/2 kg (ikut suka banyak mulut yang nak makan)
  • Bawang putih - 4 ulas
  • Bawang holand - 1 biji
  • Lobak merah + baby corn + kobis bunga + kacang panjang (aku tak boh takde stok) - potong panjang
  • 3 sudu besar cili kisar/giling
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • daun limau purut
  • gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak

  1. Rebus daging sampai empuk dan jangan buang air rebusan
  2. Tumis bawang putih dan cili giling sampai naik bau *jangan hangit ek
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit)
  4. Masukkan lobak merah bagi empuk dan daun limau purut
  5. Masukkan daging
  6. Masukkan baby corn dan kobis bunga 
  7. Gula dan garam secukupnya..biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang holland
  8. Kacau sedikit dan angkat

SAMBAL GORENG JAWA






Bahan A
Tempe 1 keping 
Tauhu 1 ketul 
Kentang 1 biji 
Petai 1 cawan 
Kacang panjang
Suhun/Pucuk
Lada merah 1 tangkai

Bahan B
Cili padi 5 tangkai
Bawang merah 3 biji
Bawang putih 3 biji
Halia 1 inci
(semua mayang halus)

Bahan C
Gula perang 1sb
Kicap 1sb
Air asam jawa 2sb
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan
  1. Tempe, kentang, tauhu, petai..semua potong ikut suka..pastu goreng dulu satu2.. angkat letak tepi dulu..
  2. Kuali yg sama, minyak kurangkan, Terus tumis bahan B..sampai layu. pastu terus taruk bahan c dan bahan A. goreng sampai kering.. siap 😊

IKAN PARI ASAM PEDAS JOHOR








Bahan-bahannya:
1/2 kg ikan pari
10-15 biji cili kering (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan (dikisar)
1 batang serai (dititik)
1 btg bunga kantan
sedikit daun kesum
1 sudu lada hitam (ditumbuk )
1 sudu jintan manis (ditumbuk)
1 mangkuk air asam jawa
garam, gula & perasa
minyak untuk menumis

Cara-caranyer :
  • Cili kering hendaklah direndam dalam air panas selama 10-15 minit, kemudian dibersihkan dan dikisar. 
  • Kemudian kisar pula Bawang merah, bawang putih dan belacan. 
  • Panas minyak dan tumis Bawang merah yang dikisar bersama bawang putih dan belacan kacau sehingga bawang kekuningan. 
  • Masukkan cili yang telah dikisar. 
  • Kacau sebentar masukkan serai, lada hitam dan jintan manis, biarkan sehingga pecah minyak . 
  • Setelah pecah minyak bolehlah dimasukkan air asam jawa. 
  • Biarkan sehingga mendidih kemudian boleh la dimasukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesum. 
  • akhir sekali perasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing. 
  • Biarkan sebentar sehingga kuah agak pekat. Masak sehingga ikan masak. So boleh la dihidang untuk berbuka..

Ahad, 24 Julai 2016

SUP DAGING




Bahan:1.5kg daging batang pinang dipotong kecil.. basuh dan toskan
1 bungkus sup bunjut
3 biji kentang dipotong 4
1/2 biji karet dipotong ikut suka
daun sup bawang potong kecil
bawang goreng

Bahan tumis:7 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
2 inci halia*
3 batang akar pokok daun sup*
2 batang serai dititik
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
2 sudu lada hitam biji.. tumbuk lumat
garam & aji

Cara:

  1. rebus daging bersama sup bunjut dalam periuk.. dengan api perlahan..
  2. tumbuk bahan2 yang bertanda (*).. panaskan minyak dalam kuali..
  3. tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan bahan2 untuk ditumis yang lain hingga kekuningan.. tutup api..
  4. masukkan bahan tumis kedalam periuk daging..
  5. masak daging hingga lembut.. rasa garam dan aji secukup rasa..
  6. masukkan kentang.. bila kentang dah lembut masukkan pula karet..
  7. hidangkan sup dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup bawang dan bawang goreng.. 

Sumber

MEE KARI NYONYA







Bahan-bahan
3-4 paket kecil rempah kari daging , ikut nak pekat boleh letak banyak.
3 batang serai (diketuk)
2 cawan tulang ayam, direbus dengan 1 liter air untuk dapatkan stok
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan isi ayam, dipotong dadu
isi udang
isi kerang, rebus dahulu dan ambil isi
fish ball
fish cake
tauhu kembung (taufu pok orang panggil jangan risau ada yang halal)
mi kuning

Bahan kisar dengan sedikit air 
1/2 cawan cili kering yang telah direbus lembut
4 biji buah keras
1 inci lengkuas
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 inci halia
2 sudu besar udang kering tanpa kulit - rendam dulu untuk hilangkan masin

Bahan tabur atas 
Taugeh dicelur
Daun bawang dan daun sup, dicincang
Bawang goreng

Cara penyediaan 
  1. bahan kisar dicampur bersama rempah dan gaul sebati. Jika pekat tambah air
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bercampur rempah sehingga wangi dan harum baunya menghasilkan pes cili yang sedap.. Masukkan sedikit garam dan gula. Ambil sedikit pes cili yang terhasil untuk dihidangkan bersama mee nanti sebagai sambal mee kari
  3. Tambah stok rebusan ayam kedalam bahan tumisan tadi dan kacau rata. Masukkan bahan bahan seperti isi ayam. Masaksehingga isi ayam empuk
  4. Masukkan santan dan kacau rata. Tambah air jika perlu atau jika terlalu pekat. Tambah garam jika perlu. Bila hampir mendidih masukkan fish ball, fish cake, tauhu kembung, udang dan kerang. Biar kuah mendidih dan bolehla diangkat untuk dihidangkan bersama mee yang dicelur.
  5. Boleh juga sediakan kuah bersama isi ayam. Bahan lain seperti udang, kerang fish cake dan fish ball dicelur masak dah hidangkan asing dalam mangkuk.
  6. Hidangkan bersama sambal cili yang kita simpan sedikit tadi. Jika nak lebih boleh gandakan bahan-bahannya


Sabtu, 16 Julai 2016

Mee Goreng Mamak








Bahan :
500 gm mee kuning
100 gm daging - hiris nipis
1 mangkuk sawi - potong kecil
2 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu cili mesin - nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
2 sudu kicap lemak manis 
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
1 sudu secukup rasa @ 1/2 kiub ayam
1 biji telur
1 biji tomato dibelah 

Cara :
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili, biarkan garing dan wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau rata.
  3. Masukkan secukup rasa @ kiub ayam, kicap lemak manis, sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
  4. Masukkan serbuk kari. Biar sebentar.
  5. Masukkan tomato yg dipotong2 dan sawi. Kacau sebentar.
  6. Masukan mee dan sebatikan.
  7. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  8. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  9. Masakkan mee agak kering.
  10. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.


Isnin, 11 Julai 2016

KERABU SOTONG & MANGGA








Bahan-bahan:
Sotong besar 2 ekor (hiris nipis)
Mangga masak 2 biji (Hiris panjang)
Bawang besar 1 biji (hiris nipis)
Kacang tanah 3sb (sangai)
Tomato 1 biji (buang biji/hiris nipis)
Daun ketumbar 1 pokok (hiris halus)
Cili padi 2 biji (hiris halus)

Bahan Sos:
Jus limau kasturi 1/2 cawan
Nira 2sb (xde ganti gula melaka)
Sos ikan 3sb
Sos mae pranom 3sb (sos thai)

Cara Penyedian:
  1. Sotong letak dalam kuali, Jgn taruk air masak sampai air sotong tu keluar sendiri..taruk minyak 1 sudu.masak kejap je terus angkat..
  2. Hiris semua bahan2 mentah ikut suka hati..satukan semua
  3. Satukan jus limau kasturi dgn Nira ramas2 sampai sebati.. klu guna gula melaka tumbuk2 sampai halus dulu..satukan semua bahan sos. tambahlah apa yg kurang k.
  4. Akhir sekali masukkan semua bahan2 mentah gaul sebati.

Sabtu, 9 Julai 2016

KERABU DAGING








Bahan-bahan:
Daging Lembu 500g
Bawang 1 biji
Bunga kantan 1 kuntum
Serai 1 batang
Tomato cherry 6 biji
Cili padi 3 tangkai
Daun ketumbar 

Bahan Perasa:
Jus Lemon 2 biji
Sos ikan 2sb
Gula perang 2sb

Cara Penyediaan:
  1. Rebus Daging sampai betul2 empuk pastu hiris nipis
  2. Bahan utama hiris ikut suka 
  3. Campur bahan perasa..kacau2 sampai gula cair..pastu curahkan pada semua bahan..gaul2 sebati

Jumaat, 8 Julai 2016

Mee Bandung








Bahan bahan:
1 bungkus mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong - potong bulat
50 gm udang kering
1/4 cawan kacang tanah goreng- tumbuk
Sawi
Hirisan daging (tak letak)
Air rebusan daging (guna kiub ayam)
4 biji telur
Gula dan garam
Mee kuning - celur

Bahan Kisar:
1/2 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering

Bahan hiasan:
3 keping tauhu goreng - hiris nipis
Bawang goreng 
Hirisan cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Cara- cara: 

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  3. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi.
  4. Tutup api. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan.

Selasa, 5 Julai 2016

DAGING MASAK MERAH







Bahan-bahan
  • 500 gm daging - dipotong nipis dan rebus dengan pewarna merah hingga empuk
  • 1 biji bwg besar -dihiris
  • 1 biji cupsicum hijau -dipotong
  • 1 cm halia -diketuk
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Panaskn minyak..tumis bwg besar,bwg putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram. jika terlalu kering masukkan air rebusan daging. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan daging dan biar mereneh dan kuah sedikit pekat.
  4. Akhir sekali masukkan cupsicum.. blh juga di tabur dengan daun sup dan daun bawang.
  5. Angkat dan hidang kan...

kredit to imans kitchen

DAGING GORENG KUNYIT KELANTAN






600 gm daging
2 - 3 inci kunyit hidup ~ tumbuk
1-2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia ~ hiris nipis
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 ulas bawang besar
Kacang panjang atau kacang buncis ~ ita letak kacang peas
Cili merah ~ hiris nipis
Minyak secukupnya
Garam

  1. Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
  2. Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. 
  3. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. 
  4. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)
  5. Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.
  6. Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!

Isnin, 4 Julai 2016

UNGKEP PEDAS AYAM KAMPUNG










BAHAN - BAHANNYA :-)
650 gram ayam kampung (1/2 ekor. kurang lebih)
3 batang serai, diketuk
3 helai daun salam (boleh ganti dengan bay leaf)
1 keping asam gelugor
10 biji cili padi merah, diketuk
3/4 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
4 biji buah keras, dihiris
2 biji cili merah (boleh guna cili hijau)
10 biji cili padi (optional)
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar penuh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan manis (jintan kasar)
1/2 camca teh jintan putih (jintan halus)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong ikut suka, seelok2nya potongan saiz sederhana. Cuci dan toskan (biasanya che mat akan gaul ayam tadi dengan sedikit tepung gandum, kemudian perahkan jus limau nipis, gaul rata dan perap 15 minit. Cuci hingga bersih dan toskan). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis serai hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga naik minyak. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut.
  3. Tuang air sehingga ayam tenggelam. Masukkan sedikit garam dan daun salam (@bay leaf), kacau dan masak hingga mendidih. Kemudian tutup permukaan kuali, sederhanakan api dan masak hingga pekat dan ayam empuk (tambah sedikit air panas jika ayam masih keras).
  4. Masukkan gula melaka, cili padi yang diketuk dan asam gelugor, dan sedikit lagi garam jika perlu. Kacau dan masak hingga kering. Boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi..

Ahad, 3 Julai 2016

Resepi Nasi Tomato Simple






Sumber resepi :FB Nur Pyja Abdullah


Bahan-bahan nya :500gm beras
2 ulas bawang putih | dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
1 biji bawang besar | dihiris
125gm minyak sapi
2 kuntum bunga cengkih
2.5sm kulit kayu manis
190gm tomato pure
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bahan hiris sehingga kekuningan.
  2. Selepas itu masukkan pes tomato. kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan beras, air secukupnya dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  4. Tutup periuk dan tanak sehingga masak. Jika suka boleh letak kismis.
  5. Hidangkan bersama Ayam Masak Merah tadi.

Resepi Ayam Masak Merah Simple
Bahan-bahan nya :1 ekor ayam - potong kecil dan dibuang kulit
20 tangkai cili kering - dikisar
7 biji bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar
sedikit halia kisar
sedikit lengkuas kisar
5 batang serai kisar - ambil bahagian yang putih sahaja
1 cawan santan pekat
tomato pure secukupnya
serbuk kunyit
garam
sedikit asam jawa
gula apong

Cara-Cara Memasak :
  1. Lumurkan ayam yang dipotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam secara merata. Panaskan minyak dan goreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Dengan minyak lebihan goreng ayam tadi (kalau banyak sila kurangkan terlebih dahulu) tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan santan dan kacau lagi.
  3. Tambahkan garam, gula dan asam jawa secukup rasa dan kacau sebati.
  4. Masukkan sos tomato dan kacau lagi.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis hingga sebati.
  6. Kacau sekali sekali dengan api sederhana hingga ayam dan bahan-bahan tumis tadi benar-benar mesra, bolehlah dihidang


Sabtu, 2 Julai 2016

RESEPI KARI KAMBING








Bahan-bahanya :
● 1 kg bahu kambing - dipotong dadu sebesar 2.5 cm.
● 125 g minyak sapi
● 1 kuntung bunga lawang
● 1 camca adas
● 1 camca kakas
● 5 cm kayu manis
● 20 ulas bawang merah (dihiris nipis) 
● 2 camca serbuk rempah kari
● 8 ulas bawang putih
● Sedikit air (digaul menjadi pes)
● 5 batang lada hijau (digiling)
● 5 batang lada merah(digiling
● 2.5 cm kunyit hidup(digiling)
● Gram secukup rasa
● 450 ml pati santan
● 2 biji kentang - dipotong empat jika suka

Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali besi dan masukkan kesemua rempah kering tadi. Tumiskan sehingga wangi, Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. 
  2. Kecilkan api dan mask sehingga layu. Masukkan rempah kari dan kacau rata-rata. Apabila naik baunya, masukkan lada hijau yang telah digiling pes dan pes kunyit. 
  3. Masukkan daging dan garam secukup rasa. Goreng sehingga rata. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga daging tu empuk. Akhir sekali masukkan kentang jika suka. Rasa garamnya dan matikan api.