Rabu, 30 November 2016

maggy bandung









BAHAN-BAHANNYA
1 paket maggi perisa ayam, asingkan perencahnya
1 pokok sawi bok choy, asing daun dan pelepahnya, siang berasingan
1 biji tomato kecil, belah 4
2 batang kacang buncis, hiris serong
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, cincang
1 kelopak kobis cina, hiris
1 camca teh sos ikan
1 1/2 camca besar sambal tumis
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili
1 biji telur
1 batang sosej, hiris (boleh guna udang, daging, sotong atau ayam, ikut suka)
3 cawan air

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi, tambah sambal tumis, sos tiram, sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air dan masukkan sosej dan perisa perencah maggi tadi. Kacau rata. Bila mendidih perlahankan api, masukkan telur, pelepah sawi dan masak dengan api kecil hingga telur mengeras.
  3. Tambah kacang buncis, kobis dan daun sawi serta mee maggi, masak hingga mee lembut, tambah sos ikan dan jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan.. —

sumber resepi : tiffinbiru

RESEPI AYAM KICAP MADU MUDAH








Bahan-bahannya :
● 5 ketul ayam
● 3 sudu makan kicap pekat
● 3 sudu makan sos tiram
● 1 sudu makan kicap masin
● 3 sudu makan madu
● Sedikit minyak

Cara-cara
  1. Ayam dipotong kecil/sederhana. 
  2. Bersihkan ayam, masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap masin, gaulkan sehingga rata.
  3. Panaskan minyak atas kuali, dgn api yg kecil, masukkan ayam, tutup kuali sehingga ayam tu nampak agak-agak dah masak.
  4. Kuatkan api supaya air dalam kuali sedikit kering.
  5. Masukkan madu, gaul rata, rasakan masin manisnya (boleh tambah bahan-bahan kicap/madu mengikut selera masing-masing).
  6. Gaul sampai air dlm kuali betul-betul kering, sedia untuk dihidangkan.


Selasa, 29 November 2016

NASI BRIYANI GAM










Bahan-Bahan:

Bahan-bahan (Untuk nasi) 
  • 5 cawan* beras basmathi (or Beras Puteri) 
  • 1 cawan ghee (minyak sapi) 
  • 1 sudu teh buah pelaga 
  • 1 inci kayu manis 
  • 5 bunga lawang 
  • 1 sudu teh jintan manis 
  • setengah sudu teh koma koma (saffron) 
  • 6 ulas bawang putih -hiris halus 
  • 10 ulas bawang merah - hiris halus 
  • 1 inci halia - hiris halus 
  • 5 sudu makan rempah beriyani (pes) 
  • Segenggam gajus 
  • Segenggam raisins 
  • 5 cawan air 
  • Garam secukup rasa 

(*cawan = cawan kopi) Bahan-bahan untuk lauk: 
  • 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6x6x5 cm 
  • 5 biji kentang (belah dua) 
  • 8 biji telur rebus keras 
  • Setengah cawan ghee (minyak sapi) 
  • 1 sudu teh buah pelaga 
  • 1 inci kayu manis 
  • 5 bunga lawang 
  • 1 sudu teh jintan manis 
  • 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris 
  • 5 ulas bawang putih - kisar 
  • 10 ulas bawang merah - kisar 
  • 1 inci halia - kisar 
  • 6 sudu makan rempah beriyani (pes) 
  • Segenggam gajus 
  • Segenggam raisins 
  • Air - cover daging + 1 - 2 cawan extra 
  • Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 atau 2 sudu makan tomato puri

Cara memasak nasi: 
  1. Pijarkan minyak sapi 
  2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum 
  3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau 
  4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata 
  5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata 
  6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata 
  7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak 

Cara memasak lauk: 
  1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau 
  2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak 
  3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan. 
  4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk 
  5. Masukkan bahan bahan lain dan 3 - 4 cawan air lagi. Kacau rata. 

Now this is where the name "Gam" comes in 

Peralatan: 
  • Alat kukusan 
  • Kain muslin, untuk mengalas kukusan 
  • Kain kapas yang agak panjang (3 meter) 
  • Kanji/perekat (masak tepung kanji) 

Cara: 
  1. Masukkan lauk yang separa masak kedalam periuk kukusan (tempat yang selalunya kita bubuh air). Tambahkan anggaran secawan air jika perlu dan gaul rata. 
  2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers) 
  3. Masukkan nasi yang separuh masak ke dalam bekas kukusan 
  4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk 
  5. Celupkan kain kapas dengan kanji 
  6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus. Pastikan iktannya agak kejap. No steam should be able to escape. 
  7. Letak atas api yang perlahan 
  8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam 
  9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus 
  10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak by now. 
  11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.Tambah air untuk lauk jika perlu.
Cadangan Hidangan:
  1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan 
  2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut 
  3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut 
  4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang. 
  5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan 
  6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan

Tambahan:
Memasak nasi biryani gam ini perlu dicuba beberapa kali untuk dapatkan kepekatan kuah yang tepat. Kalau first time, perlu di check selalu lauknya, kalau agak kering, tambahkan air, gaul rata dan sambung proses mengukus.


KERABU IKAN BILIS







Bahan-bahan:
Ikan Bilis goreng 1 mangkuk

Bahan Hiris Halus:
Bunga kantan 1 kuntum
Serai 1 batang
Daun ketumbar 1 pokok
Daun limau purut 3 helai
Bawang Holland 1 biji
Cili padi 5 tangkai

Bahan Perasa:
Limau kasturi 8 biji (perah)
Gula perang 2sb
Sos ikan 2sb

Cara Penyediaan:
  1. Campur bahan perasa..Kacau sampai gula cair..
  2. Masukkan bahan hirisan gaul sampai semua mesra
  3. Akhir sekali masukkan ikan bilis.. gaul2
  4. Dah siap! 
Selamat mencuba.


DAGING DENDENG MINANG







Bahan-Bahan:
½ kg daging 
5 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah (blender) 
2 batang serai 
1 biji tomato (blender) 
sedikit halia 
cili merah (blender) 
2 sudu besar ketumbar (ditumbuk) 
sedikit garam

Cara Memasak:
  1. Daging direbus dahulu supaya hempuk 
  2. Kemudian air rebusan dibuang 
  3. Rebus sekali lagi dengan paras air yang sama rata dengan daging bersama bawang putih,halia dan ketumbar(yang ditumbuk) 
  4. Sampai air kering angkat daging dan potong lebar-lebar dan tumbuk daging sehingga urat pecah (leper) 
  5. Goreng daging sampai garing ketepikan 
  6. Tumis bahan yang diblender dan titikkan serai masak sampai garing masukkan garam. 
  7. Akhir sekali gaulkan daging bersama dengan sambal dan sedia untuk dihidangkan.

Sabtu, 26 November 2016

SUP BAYAM DGN CENDAWAN








BAHAN-BAHAN: 
2 ikat sayur bayam 
150gm cendawan tiram 
1 genggam udang kering-direndam 
2 biji bawang kecil 
2 ulas bawang putih 
2 sudu sos tiram 
1 sudu kecil minyak bijan 
air secukupnya untuk kuah sup 
Garam secukup rasa 

CARA MEMASAK : 
  1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan udang kering sehingga lumat.
  2. Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil . Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih .
  3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

Jumaat, 25 November 2016

SAYUR CAMPUR








Bahan2 
bunga kobis 
brokoli 
sudip jagung 
karot 
cili padi 
bawang besar 
bawang putih - diketuk2 
sos tiram 
garam- sikit je 
minyak 
air 

Cara2 
  1. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga garing sikit 
  2. Masuk sos tiram dan sedikit garam (sikit je sb sos tiram dah masin) kacau rata 
  3. Masuk kan sayur keras spt karot,bunga kobis dan sudip jagung,kacau seketika hingga agak layu sikit 
  4. kemudian tambah bahan lain dan sedikit air,biarkan seketika kemudian tutup api..

Khamis, 24 November 2016

KANGKUNG BELACAN






Bahan- bahan :
kangkung (utk satu pinggan hidangan la..pandai2 la agak..ehhe) - dipotong
10 ekor udang kecil (kalau xnak letak pun xpe)
minyak secukupnya
garam secukup rasa 
air secukupnya
ditumbuk :
2 ulas bawang putih *
sedikit belacan (guna sambal belacan pun xpe) *
satu tangkai cili merah 

cara membuatnya :
  1. panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  2. masukkan kangkung dan air, biarkan setengah masak.
  3. masukkan udang dan gaul rata. perasakan dengan sedikit garam dan jangan biarkan sehingga sayur tersebut terlalu layu (terlalu lembik).
  4. siap! hidangkan dalam pinggan.

Rabu, 23 November 2016

MEE REBUS SIAM







Bahan-bahan:1½ kg mee kuning (dicelur)
½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)

Bahan kuah:
  • 1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)
  • 3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
  • 300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
  • 2½ cm halia*
  • 2 cm lengkuas*
  • 2 batang serai*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 sudu makan penuh rempah kari ikan
  • 6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
  • 1 kg keledek (direbus dan lecek halus)
  • sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional)
  • Lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
  • garam dan gula secukupnya
  • 3 senduk minyak masak.

Cara:
  1. Kisar bahan-bahan * dan campurkan dgn rempah kari ikan. Gaul rata. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing. 
  3. Masukkan daging,/tetelan, taucheo, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula. 
  4. Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dgn selera anda.
  5. Biarkan kuah mendidih baru diangkat.

Bahan taburan:
Daun sup/bawang, lada hijau/merah, bawang goreng, tahu goreng, limau kasturi, telur rebus.

Nota: Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya. Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari ! Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yg diajar oleh ibu saya. Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tpg jagung utk memekatkan kuah.


Sumber : Resepi Orang Kampung

Selasa, 22 November 2016

Ayam Panggang Bermadu








Bahan-bahan: 
1kg kepak ayam 
1 senduk besar minyak bijan 
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) 
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) 
sedikit garam secukup rasa

Cara memasak:
  1. Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. 
  2. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu..... 

Kuetiaw Hailam









BAHAN-BAHAN:
300gm kuetiaw | dicuci
100gm bawang putih | dikisar
200gm kubis bunga
100gm sawi
100gm lobak merah | dihiris
200gm isi ayam | dihiris
50gm sotong | dihiris
4 batang cili merah | dihiris
200gm udang | dihiris
1 sudu makan kicap pekat
100gm sos tiram
100gm stok ayam
50gm bawang goreng
30gm gula
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya


CARA MEMASAK:
  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Selepas itu masukkan isi ayam, udang dan sotong. Kacau rata sehingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan kubis bunga, lobak merah dan sawi. Kacau seketika.
  4. Masukkan air, kicap pekat, stok ayam, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sehingga mendidih.
  5. Apabila sudah mendidih dan pekat, masukkan kuetiaw tadi. Gaul sehingga rata.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.


Sumber : Rasa/karangkraf

Isnin, 21 November 2016

IKAN KUKUS KICAP BERHALIA









BAHAN-BAHANNYA:
2 keping isi kan merah
1/2 batang lobak merah saiz sedang, hiris halus
2 inci halia muda, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 biji bawang merah, hiris halus
1 pokok daun bawang hiris halus
4-5 biji cili padi, diketuk
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
3 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos tiram*
1/4 camca teh minyak bijan*
1 camca teh madu*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Ikan dilumur sedikit garam dan jus lemon. perap 10 minit, cuci bersih dan toskan. 
  2. Lumur bahan yang disatukan (*) pada ikan hingga rata. Perap 20 minit. 
  3. Kemudian letak ikan tadi dalam bekas tahan panas. Letak bunga kobis dan tabur bahan lain atasnya, tabur sedikit garam jika kurang masin. Kukus selama15 - 20 minit atau hingga ikan masak. 
  4. Hidangkan segera.

Memang mengancam masakan ni.



Isnin, 7 November 2016

MAGGY GORENG MAMAK








Bahan-bahan:
1 paket maggie kari
2 telur

Untuk membuat kuah:
Sos cili life secukupnya
Sos tomato secukupnya
Kicap pekat secukupnya

Untuk membuat perencah:
Sedikit tauhu goreng
Sedikit daun sawi
Sedikit tomato yang dipotong 4
Maggi cukup rasa secukupnya
5 ekor udang

Cara-cara membuat:
  1. Rebus dahulu maggie didalam periuk sehingga sedikit lembut kemudian toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  3. Kemudian masukkan sos cili,sos tomato dan telur.
  4. Setelah agak sebati,masukkan maggi dan serbuk perencah maggi kari.
  5. Kemudian,masukkan udang,sawi,tomato,tauhu dan taburkan maggi cukup rasa.
  6. Kacau bahan-bahan yang telah di goreng tersebut sehingga sebati dan telur tersebut menjadi ketul-ketulan kecil.
  7. Biarkan seketika dalam 5 minit sehingga udang kemerahan dan masak.
  8. Jika sudah rasa okay bolehlah dihidangkan.