Jumaat, 26 Ogos 2016

KEK COKLAT MOIST









Bahan Kek

  • 5 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung superfine@tepung kek
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula halus
  • 1 1/4 cawan susu pekat
  • 2 1/2 cawan susu segar@susu cair@susu coklat@air biasa
  • 1 1/2 cawan minyak
  • 1 1/2 baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sk garam

Bahan Topping @ Ganache Coklat
  • 100ml whipping cream/fresh cream
  • 250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
  • 1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
  • 1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)

Cara-cara:

  1. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat.Ketepikan.
  2. Pukul telur dan juga gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi sebati. (Guna blender pon tak mengapa)
  3. Masukkan susu segar@susu cair. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan minyak.
  4. Oleskan loyang dengan sedikit butter/marjerin, tuang adunan kek dan kukus lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. kek nih boleh juga dibakar di oven dengan suhu 170.
  5. Sejukkan kek. Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi.
  6. Masukkan peti ais kemudian baru potong dan hidang.

Untuk topping coklat seperti gambar, curah ganache dua kali. Sekali utk salut kek, dan sekali lagi utk topping yg meleleh. Untuk salut kek .... buat satu adunan topping di atas. Lebihan ganache .... simpan dan sejukkan dalam peti ais sebentar untuk paipkan border atau buat bunga. Untuk topping meleleh tuh ... buat setengah adunan dr resepi topping di atas. Kene pastikan kek sejuk dan topping pertama dah beku supaya topping meleleh cantik dan tak cair sangat.


Khamis, 25 Ogos 2016

Cheese Cake Layer Coklat









Bahan-bahan :
2Bungkus Biskut Cheese 'Saltcheese Khong Guan'
1Paket Cheedar Cheese (untuk lebih rasa cheese)
500gm Tatura Cream Cheese (lain brand pun bole)
250gm Buttercup
1Cawan Fresh Milk Dutch Lady (untuk celup biskut)
1Tin Kecil Susu Creamer Manis Cap Junjung 388g
1Paket Kecil Milo
2Kotak Coklat Cadbury di Cairkan

Cara Membuat :
  1. Pukul cream cheese, susu creamer manis dan buttercup sampai kembang.(Pakai mixer utk lebih cepat dan senang)
  2. Setelah kembang, masukkan 1/2 cheedar cheese sedikit demi sedikit. (1/2 cheedar utk parutan / hiasan kek).
  3. Pukul lagi sehingga aduan sebati.
  4. Bahagikan kepada 2bahagian, 1 bahagian cheese tadi masukkan milo dan coklat Cadbury dan gaul sebati.
  5. Masukkan adunan 1st layer cheese, celupkan biskut ke dlm fresh milk dan susun satu persatu.
  6. Parutkan cheedar cheese pada lapisan tadi (utk lebih cantik)
  7. Lapisan 2nd layer, coklat.
  8. Buat berlapis-lapis sampai habis.
  9. Setelah siap melapis, parutkan cheedar cheese di lapisan atas sekali.
  10. Simpan di dalam fridge selama 2jam.


Rabu, 24 Ogos 2016

Biskut lapis keju








Bahan-bahan:
250gm cream cheese
1tin kecil susu pekat manis
1bungkus biskut marie
Nestum secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Cream cheese dipukul dgn susu pekat manis hingga sebati.
  2. Lapik bekas dgn aluminium.
  3. Susun biskut di dalam bekas.
  4. Ratakan cream cheese atas biskut.
  5. Taburkan nestum atas cream cheese.
  6. Ulang proses 3, 4 dan 5 sehingga cream cheese habis, lapisan cream cheese dan ditabur nestum yg terakhir.
  7. Simpan dlm peti sejuk semalaman.
  8. Siap utk dihidang


Khamis, 11 Ogos 2016

DAGING KURMA








BAHAN A
  • 1/2 KG LEBIH DAGING - 620 GM DIPOTONG SEDERHANA SAIZ 
  • 3 BIJI UBI KENTANG ( DIBELAH 4 ) 
  • 3/4 CAWAN AIR ASAM JAWA (NAK BAGI MASAM LETAK BANYAK SIKIT ASAM JAWA )
  • 4 ULAS BAWANG MERAH ( WANI GUNA BAWANG MERAH YG BESAR TU TAPI BUKAN BESAR SANGAT LA SEDERHANA BESAR JE )
  • 3 ULAS BAWANG PUTIH 
  • 1 INCI HALIA
  • 1 3/4 SUDU BESAR REMPAH KURMA ( DICAMPUR DENGAN SEDIKIT AIR ) 

BAHAN B 
  • 1 BATANG KULIT KAYU MANIS
  • 2 KUNTUM BUNGA CENGKIH
  • 2 BIJI BUAH PELAGA
  • 2 KUNTUM BUNGA LAWANG

BAHAN C
  • NISAN/ GULA MELAKA - 1/2 KERET
  • 11/4 CAWAN SANTAN
  • GARAM SECUKUP RASA

CARA-CARA

  1. BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN HALIA DIKISAR HALUS. PANASKAN MINYAK DI DALAM PERIUK DAN MASUKKAN BAHAN B TUMIS HINGGA NAIK WANGI DAN SETERUSNYA MASUKKAN BAHAN-BAHAN KISAR BESERTA DENGAN REMPAH KURMA YANG TELAH DICAMPUR DENGAN SEDIKIT AIR. TUMIS SEHINGGA NAIK MINYAK ATAU NAMPAK BERSINAR TUMISAN TU. 
  2. APABILA BAHAN TUMIS SUDAH BERSINAR , TERUS MASUKKAN DAGING DAN GAUL SEBATI. TUTUP PERIUK DAN RENEHKAN SELAMA 5- 7 MINIT. DALAM TEMPOH TERSEBUT, KACAU SEKALI SEKALA. MASA NI LAH AIR DAGING TU TURUN. MASUKKAN JUGA GARAM SECUKUP RASA.
  3. SELEPAS TEMPOH RENEH TERSEBUT, MASUKKAN AIR ASAM JAWA DAN UBI KENTANG. TUTUP SEKALI LAGI DAN RENEH LAGI DENGAN API SEDERHANA BESAR. MASA NI NAK TUNGGU PROSES DAGING EMPUK. RENEH LA DALAM 7- 10 MINIT.BUKA SEKALI SEKALA UNTUK KACAU.. SAMBIL TU BOLEH LETAK NISAN KE DALAM PERIUK.
  4. BILA KUAH TU NAMPAK AGAK PEKAT SIKIT DAN DAGING PUN DAH EMPUK, MASA NI KALAU TAK MASIN LAGI BOLEHLA TAMBAH KAN GARAM SEDIKIT ...BOLEHLA MASUKKAN SANTAN DAN KACAU SEKALI SEKALA DAN RENEH SEKALI LAGI UNTUK KUAH KURMA BETUL-BETUL PEKAT JIKA INGIN PEKATLAH.
  5. SIAP MASAK DAN HIDANGKANLAH !!!!!!


Rabu, 10 Ogos 2016

Cheesekut dgn topping oreo








Bahan-bahan:
1 paket biskut original mini cracker
250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat
3-4 sudu fresh milk

Hiasan:
Biskut oreo(dibuang intinya)

Cara membuatnya:
  1. Pukul cream cheese menggunakan mixer.
  2. Blend sampai kembang dan campurkan susu pekat kacau hingga sebati.
  3. Celupkan biskut dalam fresh milk dan susun dalam bekas.
  4. Lapiskan biskut tadi dgn adunan cream cheese sedikit demi sedikit dan ratakan.
  5. Ulangi langkah 3 dan 4 hingga habis cream cheese. Lapisan cream cheese yg terakhir.
  6. Kisar biskut oreo, taburkan di lapisan cream cheese tadi.
  7. Masukkan dalam freeze selama 2jam. Barulah dipotong.

SIAKAP MASAK UJANG








Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap – bersihkan
  • Tepung jagung
  • Minyak untuk mengoreng
BAHAN KISAR
  • 8 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 15 – 20 batang cili padi
  • 2 – 3 biji bawang besar – hiris bulat
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 cawan sayur campur
  • 1 sudu besar Maggi® CukupRasa™
  • Gula secukup rasa
  • Air secukupnya
Cara-cara

  1. Bersihkan ikan siakap dan toskan. Lumurkan garam dan tepung jagung sehingga rata.
  2. Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali yang lain, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing dan naik bau. Kacau rata.
  4. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau lagi dan biarkan seketika. Tambah sedikit jika kuahnya pekat.
  5. Masukkan pula sayur campur dan bawang besar yang telah dihiris. Kacau rata.
  6. Perasakan dengan Maggi Secukup Rasa dan gula secukupnya. Sesuaikan kepekatan kuahnya. Tambah air lagi jika kuah pekat. Matikan api.


NASI GORENG CENDAWAN








Bahan-Bahan:
3 mangkuk nasi putih
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - cincang
200 gm isi ayam - potong kecil-kecil (boleh diganti daging cincang n sotong)
1 sudu besar lada hitam yang telah dikisar
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 biji kobis ungu - dihiris halus (boleh diganti daun salad dan hirisan tomato)
1/2 biji capsicum kuning - didadu (boleh diganti cili merah di potong halus)
1 tin cendawan butang - dibelah 4
3 sudu besar kicap cair
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menggoreng

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan lada hitam kisar dan serbuk lada sulah. Kacau.
  3. Masukkan isi ayam, cendawan dan kicap cair, kacau.
  4. Masukkan lada benggala dan juga nasi putih. Kacau rata.
  5. Masukkan garam secukup rasa. Kacau semua biar sebati.
  6. Bila nasi nampak berasap, masukkan pula kobis ungu. Kacau sekejap, jangan sayur terlalu layu.Tutup api.
  7. Hidangkan panas-panas dengan sedikit kobis ungu sebagai ulam.

Selasa, 9 Ogos 2016

SIAKAP STIM LIMAU







Bahan
  • Siakap saiz sederhana.
  • Limau nipis sebiji. (separuh buat jus and campur dlm tu- hiris dlm 3/4 utk letak atas n bawah ikan)
  • Sos tiram 2 sudu setengah.
  • Sos ikan 2 sudu.
  • Halia 2cm-racik halus
  • Bawang putih 3 ulas.-racik halus
  • Batang sederi - racik halus
  • Daun sup-racik halus
  • Daun bawang-racik halus
  • Serai sebatang hiris nipis
  • Lada besar racik halus-halus
  • Minyak masak 2sudu 
  • Air 1cawan
  • Daun limau purut sehelai- racik halus
  • Optional *lada kecil/lada sulah-if nak pedas
  • Garam, gula secukup rasa okay. Tak letak pn takpe actually sebab dah ada sos tiram and sos ikan :)

Cara-cara
  1. Lumur semua. 
  2. Masuk dlm Pemanggang Ajaib. Air pun masuk sekali tapi not too much. Cukup sekadar nak buat kuah. Sebab dia akan recycle je air yg ade utk kukus. Pemanggang ni dia terkatup rapat, so mmg wap dia kat dlm tu je pusing-pusing hehe
  3. Boil dalam 15-20 minit. Jgn Lama nanti overcooked tak sedap.

Siap!


Isnin, 8 Ogos 2016

Daging Masak Kicap Hitam








Bahan-bahan:
1 kg daging (potong nipis-nipis)
Bahan tumis:
4 biji bawang merah (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
2 biji bawang besar Bombay (hiris kasar)
125ml kicap pekat
5sm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
3 biji bawang besar Bombay
4 biji bawang putih
5sm halia
4 sudu makan cili giling (ikut citarasa)
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan bahan tumisan lain kecuali hirisan bawang besar. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan air secukupnya sehingga daging menjadi empuk. Masukkan pula kicap pekat dan air asam jawa, biarkan kuah memekat.
  3. Perasakan dengan garam dan masukkan bawang yang tekah dihiris kasar.
  4. Hidangan sedia dinikmati.


Ahad, 7 Ogos 2016

MAGGI SUP PEDAS







Bahan bahan 

Mee maggi (apa apa perasa pun boleh)
Udang (atau apa apa yg disukai)
Sayur sawi (atau yang disukai)
Telur
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Garam dan serbuk perasa

Hiasan

Bawang goreng
Daun bawang
Cili hidup

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris hingga wangi.
  2. Masukkan sedikit air hingga menggelegak. 
  3. Masukkan perencah mee maggi, udang dan sayur. 
  4. Selepas itu, dimasukkan mee maggi, garam jika perlu. 
  5. Tapi biasanya tak perlu garam kerana perencahnya sudah cukup masin. 
  6. Akhir sekali dipecahkan telur sebiji di atasnya. Bila telur hampir masak, diangkat dan hidang. 
  7. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan cili hidup hiris.


Resepi Daging Masak Lemak Cili Padi








Bahan-bahan :
  • 1 kg daging lembu - direbus sehingga lembut. Masa nak rebus air tu jangan banyak sangat macam nak buat sup, cukup sekadar paras daging je. Simpan air rebusan. Lepas empuk, barulah dipotong sesuka hati
  • 300 ml santan pekat
  • 3 helai daun limau purut - dicarik-carik
  • 2-3 biji kentang - dipotong
  • 2 batang Serai - diketuk
  • Garam secukupnya
  • 2-3 cawan air rebusan daging tadi secukupnya - kalau tak cukup tambah air biasa

Bahan ditumbuk :
  • 2-3 inci kunyit hidup
  • 7-8 biji cili padi merah dan hijau - supaya warna kuah cantik kena campur warna merah dan hijau
  • 3 ulas bawang merah

Cara-cara :
  1. Rebus kentang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Buang air rebusan tu.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk dan air rebusan daging, daun limau purut dan serai. Biar mendidih.
  3. Masukkan santan dan daging rebus dan kentang. Tambah air jika perlu atau kuah nampak kurang dan terlalu pekat. Masak seketika hingga kentang empuk. Rasa garamnya dan boleh la tutup api.

Sabtu, 6 Ogos 2016

RESEPI APAM MEKAR






Bahan-bahan :
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh ovalett
1 cawan air ais krim soda (brand F&N)
2 cawan tepung gandum
sedikit esen vanila
Pewarna kesukaan
paper cup

Cara memasak
  1. Pukul telur n gula sampai hancur n kembang
  2. Masukkan ovalett sampai adunan jadi putih gebu
  3. Masukkan esen vanilla
  4. Pastu masukkan air ais krim soda
  5. Pukul sebentar then masukkan tepung & pukul sampai sebati
  6. Lepas tu bahagikan adunan kepada beberapa bahagian then letaklah kaler kesukaan puan2..
  7. Pastu masukkan ke dalam paper cup pastu kukus dalam tempoh 10 minit dengan api sederhana

dah siappp..



SUP IKAN Sutera Merah








Bahan - Bahan Nya :-
  • 1/2 Kepala Ikan Merah (dicuci dengan asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir)
  • 2 Ulas Bawang Putih Dimayang
  • 1 Inci Halia Dimayang
  • 2 Ulas Bawang Merah Dihiris
  • 5 Biji Cili Padi Dimayang
  • 2 Sudu Besar Minyak Masak
  • 1 Sudu Teh Garam
  • 1/3 Sudu Teh Jintan Manis
  • 1/3 Sudu Teh Jintan Putih
  • 2 Inci Kayu manis
  • 1 Kuntum Bunga Lawang
  • 2 Kuntum Bunga Cengkih
  • 2 Biji Buah Pelaga
  • Sedikit Daun Sup dan Daun Bawang
  • Air Yang Secukup Nya

Cara - Cara Penyediaan :-
  1. Panaskan periuk terlebih dahulu. Tumiskan bawang putih, halia, bawang merah dan cili padi sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih.
  3. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan sedikit air dan garam.
  4. Masukkan kepala ikan. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Setelah api di tutup barulah dimasukkan daun bawang dan daun sup.

Jumaat, 5 Ogos 2016

Nasi Goreng Ayam








Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi ayam (lebihkan kalau nak tambah)
1/2 ekor ayam yang telah diperap dengan kicap dan sup
2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dimayang
1 sudu besar kicap perapan ayam
2 sudu besar sos nasi ayam
1 sudu teh sos tiram
sayur campur (jagung, kacang peas, karot)-secukupnya
1 biji telur
1/4 cawan isi ayam dipotong kecil-kecil
3 ekor udang harimau
1 mangkuk sup

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan isi ayam. Gorengkan seketika. Kemudian, terus masukkan bawang merah dan putih dan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan sos, kicap dan sos tiram. Kacau sebentar. Masukkan sayur campur, udang dan 1/4 cawan sup ayam. Pecahkan telur.
  3. Masukkan nasi dan gaul hingga sebati. Tambahkan garam jika perlu. Jika telah cukup rasa, tutup api dan hidangkan bersama ayam, sos, ulaman dan sup.
***Gorengkan ayam yang telah diperap dan potong ikut citarasa. Hidangkan bersama nasi


Resepi Puding Keju Karamel





Bahan karamel
-3 sudu besar gula

Cara-Cara
Buat karamel dengan menghanguskan gula dalam loyang tahan panas. Apabila gula telah cair dan bertukar kepada warna perang, gerak-gerakkan loyang supaya karamel sekata. Ketepikan dan biar karamel membeku.

Bahan Puding
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 100gm cream cheese
  • 80ml whipping cream
  • 1/2 sudu besar sunquick
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1sudu teh tepung kastad

Cara-Cara
Cairkan cream cheese dan susu cair hingga cream cheese cair sepenuhnya dengan kaedah double boiler. Biar suam.

Satukan telur, susu pekat manis, whipping cream, sunquick, esen vanila dan tepung kastad dalam adunan cream cheese tadi. Gaul sekata. Jangan sampai berbuih.

Tapis adunan ke dalam loyang karamel tadi. Bakar secara water bath selama 40 minit atau sehingga masak pada suhu 160c. Untuk elak permukaan puding hangit, tutup loyang dengan aluminium foil.

Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan



Roti cheese








Bahan A:
500gm cream cheese (saya guna tatura)
1 tin kecil susu pekat

Bahan B:
2 bungkus roti cheese khong guan
Cheddar cheese (diparut)

Cara membuatnya:
  • Bahan A dipukul sampai berkrim.
  • Sediakan loyang/bekas dan dilapik dgn kertas minyak.
  • Susun roti cheese dalam loyang.
  • Masukkan adunan cheese sedikit demi sedikit dan ratakan.
  • Ulang proses susun roti dan masukkan adunan cheese sehingga habis.
  • Lapisan cheese yg terakhir. Taburkan cheddar di atas lapisan cheese.
  • Masukkan dalam peti sejuk semalaman, barulah boleh dipotong.


Khamis, 4 Ogos 2016

Kek lapis cheese










Bahan-bahan:
1 Bungkus biskut marie ikut perisa yang anda suka (original/chocolate/coffee)
1 Cawan susu segar
250gm Cream cheese
100gm Whipping cream non-dairy
3 Sudu besar gula castor
1 Sudu besar gelatin halal
50ml air panas

Hiasan:
Chocolate rice

Cara membuatnya:
  1. Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping cream hingga kembang kental. Campurkan kedua-dua adunan dan gaulkan dengan spatula.
  2. Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.
  3. Sediakan bekas/loyang dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.
  4. Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejab jgn sampai lembik.
  5. Lapiskan satu persatu dgn adunan cream cheese tadi sehingga habis, lapisan cheese yg terakhir.
  6. Taburkan chocolate rice di atas lapisan cheese.
  7. Bekukan dalam 1-2jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong.

DAGING PERCIK LILIN








BAHAN-BAHAN:
5 keping daging bahagian tenderloin
5 batang serai
250 ml santan
1 sudu makan beras | dikisar hancur bersama sedikit air
2 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
1 cm halia | dikisar
3 cm serai | dikisar hancur
1 sudu teh kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
5 batang lidi

CARA MEMASAK:
  1. Panaskan sedikit air dan masukkan semua bahan kisar.
  2. Kemudian masukkan daging. Biar mendidih sehingga empuk.
  3. Masukkan pula santan. Kacau sekejap.
  4. Kemudian masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biar hingga kuah pekat.
  5. Setelah masak, ambil daging tadi dan balut dengan serai serta cucuk kemas dengan lidi.

Rabu, 3 Ogos 2016

Resepi Nasi Goreng Pattaya








Bahan-bahan :
Sepinggan nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sayur campur 
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap 
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau
  3. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak
  4. Masukkan sos tiram
  5. Masukkan garam & gula secukup rasa
  6. Masukkan sayur campur & cili padi
  7. Masukkan nasi
  8. Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati
  9. Angkat

Proses membungkus nasi dengan telur:
  1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
  2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter
  3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali
  4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
  5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
  6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak
  7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

Selasa, 2 Ogos 2016

Asam Rebus Ikan Siakap






Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap - cuci bersih dan potong 3 (boleh ganti dengan ikan jenis lain jugak)
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1/2 inci lengkus muda *
  • 4 biji cili padi merah *
  • 1-2 sudu besar cili kering mesin (rebus cili kering dan blandkan)
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 10 tangkai daun kesum - ambil yang lembut je
  • 1-2 keping asam keping
  • 3 cawan air
  • sedikit gula, garam dan aji - sebagai perasa

Cara-cara

  1. Tumbuk atau kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Dalam periuk masukkan air dan bahan-bahan yang dikisar tadi beserta dengan asam keping, cili kering, bunga kantan dan daun kesum. Masak hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan. Perasakan sesedap rasa, biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah. Masak dengan api perlahan agak isi ikan masak sekata dan tidak hancur. Masak sekita 8-10 minit saja kerana isi ikan siakap lembut dan cepat masak. Padamkan api. Siap..SEDAPPP...