Khamis, 30 Jun 2016

RESEPI KUAH KACANG





Bahan2nya:
1/2 kilo kacang tanah
*4 ulas bawang merah(kecil)
*5 ulas bawang putih
*1/2 sudu ketumbar
*1/2 sudu jintan manis
*2 inci lengkuas
*2 inci halia
*1 batang serai
*7 tangkai cili kering
*air secukup nye
1 cawan gula (ikut citarasa masing-masing)
1/2 cawan santan
1/4 cawan air asam jawa
Minyak masak secukupnya


Cara-cara
  1. sangai ataupun goreng kacang dan di kisar kering
  2. kisar semua bahan yg bertanda *
  3. panaskn minyak,tumis bahan yg bertanda * sampai naik bau.
  4. masukn kacang yg telah di kisar,santan dan air asam jawa
  5. masukn gula dan gaul sebati...
  6. masukn air bergantung pada kepekatan kuah..dan garam secukupnya...masak hingga pecah minyak..sedia untuk di hidang


KERABU PUCUK PAKU SAMBAL BELACAN








Bahan-bahan:
Pucuk paku 2 ikat (celur)
Serai 1 batang (hiris halus)
Kelapa parut 1 cawan (sangai)
Udang kering 5sb (rendam/tumbuk)
Lada merah 3 tangkai (buang biji)
Belacan 2 inci (goreng)
Gula perang (agak2)
Garam

Cara Penyediaan:
  1. Pucuk paku potong pastu rebus batangnya dulu..masukkan daun pastu toskan.
  2. Hiris lada merah pastu tumbuk lumat masukkan belacan.. letak dalam mangkuk..
  3. Tumbuk udang kering hingga lumat, Satukan dengan sambal belacan..
  4. Sangai kelapa parut hingga kuning, tumbuk sekejap..
  5. Akhir sekali satukan kesemua bahan dan masukkan gula perang dan garam
  6. secukup rasa.. gaul sebati

Kek cheese tiramisu










Bahan-bahan:
1 biji sponge kek/1 bungkus biskut marie
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (utk bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe/serbuk koko(sebagai hiasan)

Cara membuatnya:
  1. Bancuhkan nescafe dgn air panas.
  2. Satukan gula, cream cheese dan whipping cream.
  3. Pukul adunan sehingga kembang dan gebu.
  4. Potong kek pada 2 bahagian.
  5. Tuangkan bancuan nescafe ke atas kek.
  6. Sapukan adunan cream cheese di atas kek.
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya. Kemudian sapukan nescafe dab baki cream cheese.
  8. Hiaskan dgn serbuk koko.
  9. Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.


Rabu, 29 Jun 2016

KUEY TEOW KICAP







Bahan-Bahan
Kuey Teow kecik 1 paket
Ayam 1/2 ekor
Fish ball 
Udang 5 ekor
Daun kucai
Taugeh
Bawang putih goreng
Minyak bawang putih
Kiub pati Ayam
Gula perang
Garam
Halia 2 inci (ketuk)
Bawang putih 3 biji (ketuk)

Bahan Kuah Kicap
Sos tiram 1sb
Kicap pekat manis 2sb
Minyak bijan 2sb
Minyak zaitun 2sb
Lada sulah 1sk
Gula perang 1sb
kiub pati ayam 1

Cara Menyediakan
  1. Campur semua bahan kuah kicap, masak hingga mendidih..taruk air sikit..taruk minyak bawang putih dgn bawang putih tu sekali..kacau2...Letak tepi dulu..
  2. Bawang putih 6 biji..cincang2 pastu goreng hingga kekuningan.,angkat dgn minyak2 sekali..letak tepi dulu
  3. Bawang putih 4 biji..hiris nipis2.,goreng hingga kuning..angkat.. letak tepi dulu.
  4. Rebus Ayam sampai ayam empuk..pastu baru taruk udang dan fish ball, Halia, bawang putih..daun kucai, kiub pati ayam, gula garamsecukup rasa..minyak bijan..kuah lebihkan sikit k.. rasa dulu apa yg kurang k.
  5. Ambik ayam rebusan tadi..siat2 isi ayam, keluarkan udang..
  6. Taruk kuey teow dalam mangkuk..curahkan kuah kicap..hiaskan isi ayam, udang, taugeh, bawang putih goreng, minyak bawang putih.
  7. Hidangkan bersama kuah sup..siap


KERABU MANGGA








Bahan-bahan:
Mangga 1 biji (sagat)
Ikan bilis goreng 3sb
Kacang tanah 2sb (sangai)
Gajus 2sb (goreng)
Bawang 1 biji (hiris nipis)
Tomato 1 biji (hiris nipis)
Cili padi 2 tangkai

Bahan Sos:
Sos ikan 2sb
Gula perang 2sb
Jus limau nipis 3 biji

Cara Penyediaan
  1. Satukan bahan sos..kacau2 sebati..
  2. Masukkan mangga, cili padi, tomato, bawang.. gaul2 sebati.
  3. Akhir sekali taburkan ikan bilis kacang tanah dan gajus.
  4. Dah siap!

Nasi Goreng Tomyam








Bahan:
• 2 mangkuk nasi
• 2 biji telor
• 1/2 labu bawang besar - dihiris
• 2 ulas bawang putih-dihiris
• 1 1/2 sudu besar pes tomyam
• Sedikit kobis dan sawi-dipotong2
• 5 biji cili padi - diketuk
• 1- 2 helai daun limau purut - hiris halus
• 1 batang serai-dihiris halus
• 1 sudu besar sos ikan-ni optional
• sedikit hirisan lengkuas
• 10 ekor udang
• Minyak masak secukupnya
• Garam secukup rasa

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
  2. Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi . Goreng hingga wangi.
  3. Masukkan udang , pes tomyam dan sos ikan. Kacau hingga udang masak.
  4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukan garam secukup rasa.
  6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan boleh lah dihidangkan dengan taburan bawang goreng.


Selasa, 28 Jun 2016

SAYUR LODEH KUAH LONTONG








Bahan-Bahannya
Nasi impit secukupnya (dipotong dadu)
Sambal tumis telur dan serunding
Kacang panjang
Kobis
Sengkuang
Lobak merah (carrot)
Tahu (digoreng setengah masak)
Tempe (dogoreng setengah masak)
suun, direndam dgn air

Bahan-Bahan Kisar
2 biji bawang besar
4 ulas pawang putih
4 biji buah keras
20 batang lada kering (direndam sebentar)
$1 udang kering (kira2 satu genggam gitulah, direndam dulu sebentar)
kunyit hidup sebesar ibu jari
lengkuas 1/2 ibu jari
1 batang serai, dititik
3 kotak kecil santan
garam secukupnya

Cara-caranya
  1. Panaskan minyak secukupnya lalu tumis bahan2 yang dikisar hingga garing dan wangi. 
  2. Kemudian masukkan santan (tambah air sedikit, air nie banyak mana ikut suka masing2) dan garam secukup rasa (harus dikacau selalu supaya tak pecah santan). 
  3. Bila sudah mendidih masukkan sengkuang, lobak merah, kacang panjang, tahu, tempe dan suun. 
  4. Akhir sekali masukkan kobis.