Isnin, 24 April 2017

Resepi kaswi







Bahan2

2 cwn tpng gndum
1/2 cwb tpng ubi
1 cwn gula
1 cwn gula melaka/merah
5 cwn air
3/4 sudu teh kapur makan

Cara-caranya

  1. Campurkan smua bahan kecuali kpur mkn ke dlm blnder
  2. Lepas tu blnder sehingga sebati
  3. bila dah sebati tapis adunan tadi
  4. Masukkan kapur makan yg telah di campur dgn 3 sudu makan air
  5. Lepas tu kacau adunan dan tapis sekali lagi
  6. Panaskan pengukus 
  7. Tutup pengukus tutup dengan kain
  8. bila air dh mendidih.... masukkan adunan ke dalam loyang yg telah di sapu dengan sedikit minyak
  9. kukus adunan kaswi selama lebih kurang 30minit atau sehingga masak...
  10. jika permukaan ber-air lap air tsebut dengan menggunakan tisu dapur.5 minit t'akhir sblm matikn api buka pnutup pgukus dan kukus kuih kaswi tanpa d ttp untuk mgeluarkn wap nya...bila dh msk sejukkn...bila dh sejuk br d potong dgn mgunakn pisau plastik yg d sapu dgn sdkit mnyak...leps tu salut dgn kelapa putih yg d cmpur dgn sdkit garam..siap






RESEPI APAM SUSU







Bahan-Bahan:


4 biji telor
1 cwn gula
1 sudu ovelet
4 sudu mkn susu pekat manis
2 cwn tepung gandum
Esen vanila (ikut suka)
Pewarna ikut suka

Cara-Cara:

  1. Blend semua bhn sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum, blend hingga sebati.
  3. Bahagi adunan campur pewarna ( ikut suka)
  4. Tuang ke dlm acuan. kukus selama 40 minit / sehingga masak..
  5. Biarkan sejuk baru keluarkan.


Rabu, 19 April 2017

IKAN BAWAL KUKUS PEDAS






Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan bawal hitam (500-600 gm)
  • 1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis
  • 1 labu bawang besar- belah dua- dihiris nipis membujur
  • 1 batang serai- hiris nipis (boleh juga kalau diketuk sahaja)
  • 1 tangkai cili merah- hiris serong
  • 3 tangkai cili api- ketuk
  • 5 biji lada hitam- tumbuk halus
  • 1 sudu teh pati asam jawa Adabi dicampur dengan 1/2 cawan air
  • 2 biji limau kasturi diperah airnya
  • sedikit garam

Cara membuatnya:
  1. Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.
  2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam. 

*** boleh ganti ikan bawal hitam dengan bawal putih, siakap, kerapu dll ikan yang berisi lembut. Kalau nak kukus ayam pun boleh gunakan resepi ni.




Sabtu, 8 April 2017

Nasi minyak








Bahan2:
  • 4 cawan beras biasa (zaman tok moyang pakai beras biasa je,nk pakai basmathi pon boleh)
  • Air secukupnya
  • 1 biji bwg besar - hiris
  • 2 inci halia - hiris
  • 3 biji bawang putih - hiris
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sb minyak sapi
  • Sedikit garam
  • Rempah penumis - kayu manis, cengkih, pelaga & bunga lawang
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kismis sebagai hiasan (sy xbubuh)

Cara-cara
  1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan bahan hiris. Masukkan daun pandan yang dicarik disimpul dan terus tumis sehingga wangi. Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Goreng beras sekejap sehingga rata. Masukkan air dan sedikit garam. Pindahkan ke dalam rice cooker. Bila nasi hampir kering, tuangkan susu cair dan terus memasak.

Kurma Ayam Kurang Santan

Bahan2:
Ayam separuh ekor di potong2
Bawang merah besar 3 biji
Bawang putih 1 clove
Rempah penumis - kayu manis, cengkih, pelaga & bunga lawang
Halia 2 inci
Rempah kurma separuh paket di bancuh dgn 4 sudu air
Santan 5 sudu
Air asam jawa 3 sudu utk hilangkan pahit rempah
Cili Merah 4 biji
Air 3 cawan
Ubi kentang 4 biji
Garam
4 sudu minyak masak

Cara2:
  1. Tumis semua rempah penumis dan halia sekejap, kemudian tumis bwg merah dan bawang putih yg telah di mesin.
  2. Masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn air. Tumis sebentar sehingga rempah agak garing. Kemudian masukkan ubi kentang yg telah di potong dan ayam. Gaulkan seketika dan kemudian masukkan air. Masak sehingga ubi kentang empuk dan kuah mendidih. Masukkan garam dan air asam jawa. Kemudian masukkan santan.

Jelatah
  • 2 biji timun di buang kulit dan dihiris nipis2.
  • 6 biji cili merah di buang biji dan di hiris nipis2
  • 3 biji bawang merah besar di hiris nipis2.
  • 3 sudu gula
  • 3 sudu cuka masakan

Cara2;

Hiris semua bahan kemudian gaulkan bersama gula dan cuka.

Selamat Mencuba!