Selasa, 6 Disember 2016

SOTO AYAM









Bahan-bahan: Anggaran untuk 5-6 orang

½ ekor ayam (berat 900 g) } dipotong 2
300 g nasi himpit segera } direbus hingga masak kemudian sejukkan
1 sup bunjut Adabi
suhun } digoreng
1 tangkai daun bawang }dihiris
1 tangkai daun sup} dihiris
100 g kacang tanah }digoreng
2 sudu besar minyak untuk menumis
100 g taugeh } buangkan ekornya
air secukupn
garam secukup rasa

Bahan penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
1 batang serai
1/2 sudu besar jintan manis biji
1/2 sudu besar jintan putih biji
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu kecil lada sulah
2 biji buah keras

Cara membuat sup/kuah:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar & serbuk sup, goreng hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan air, ayam dan garam secukup rasa.
  4. Masak dgn api yg perlahan hingga ayam empuk.
  5. Setelah masak keluarkan ayam, ambil isinya siat-siatkan dan ketepikan. Tulang ayam dimasukkan balik kedalam kuah sup tadi.
  6. Ketika menghidang,isikan nasi impit ke dalam mangkuk kemudian masukkan pula suhun, taugeh, isi ayam, begedil, bawang goreng, daun bawang, daun sup, kacang goreng dan sambal kicap. Tuangkan kuah. Sedia untuk dimakan.

Bahan sambal kicap:
10 biji cili api
7 sudu besar kicap manis
1 ulas bawang putih

Cara membuat sambal kicap:

Campurkan semua bahan kemudian kisar halus.

Bahan untuk begedil:
500 g kentang
150 g daging kisar
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ gengam bawang goreng
1 biji telur
sedikit daun sup }dimayang
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuat begedil:
  1. Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga masak. Angkat ketepikan.
  2. Daging digoreng hingga kering airnya.
  3. Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan garam secukup rasa
  4. Gaul dan ramas-ramas hingga sebati.
  5. Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit.
  6. Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga keperangan.

Tiada ulasan: