Rabu, 19 April 2017

IKAN BAWAL KUKUS PEDAS






Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan bawal hitam (500-600 gm)
  • 1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis
  • 1 labu bawang besar- belah dua- dihiris nipis membujur
  • 1 batang serai- hiris nipis (boleh juga kalau diketuk sahaja)
  • 1 tangkai cili merah- hiris serong
  • 3 tangkai cili api- ketuk
  • 5 biji lada hitam- tumbuk halus
  • 1 sudu teh pati asam jawa Adabi dicampur dengan 1/2 cawan air
  • 2 biji limau kasturi diperah airnya
  • sedikit garam

Cara membuatnya:
  1. Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.
  2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam. 

*** boleh ganti ikan bawal hitam dengan bawal putih, siakap, kerapu dll ikan yang berisi lembut. Kalau nak kukus ayam pun boleh gunakan resepi ni.




Tiada ulasan: