Sabtu, 8 April 2017

Nasi minyak








Bahan2:
  • 4 cawan beras biasa (zaman tok moyang pakai beras biasa je,nk pakai basmathi pon boleh)
  • Air secukupnya
  • 1 biji bwg besar - hiris
  • 2 inci halia - hiris
  • 3 biji bawang putih - hiris
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sb minyak sapi
  • Sedikit garam
  • Rempah penumis - kayu manis, cengkih, pelaga & bunga lawang
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kismis sebagai hiasan (sy xbubuh)

Cara-cara
  1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan bahan hiris. Masukkan daun pandan yang dicarik disimpul dan terus tumis sehingga wangi. Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Goreng beras sekejap sehingga rata. Masukkan air dan sedikit garam. Pindahkan ke dalam rice cooker. Bila nasi hampir kering, tuangkan susu cair dan terus memasak.

Kurma Ayam Kurang Santan

Bahan2:
Ayam separuh ekor di potong2
Bawang merah besar 3 biji
Bawang putih 1 clove
Rempah penumis - kayu manis, cengkih, pelaga & bunga lawang
Halia 2 inci
Rempah kurma separuh paket di bancuh dgn 4 sudu air
Santan 5 sudu
Air asam jawa 3 sudu utk hilangkan pahit rempah
Cili Merah 4 biji
Air 3 cawan
Ubi kentang 4 biji
Garam
4 sudu minyak masak

Cara2:
  1. Tumis semua rempah penumis dan halia sekejap, kemudian tumis bwg merah dan bawang putih yg telah di mesin.
  2. Masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn air. Tumis sebentar sehingga rempah agak garing. Kemudian masukkan ubi kentang yg telah di potong dan ayam. Gaulkan seketika dan kemudian masukkan air. Masak sehingga ubi kentang empuk dan kuah mendidih. Masukkan garam dan air asam jawa. Kemudian masukkan santan.

Jelatah
  • 2 biji timun di buang kulit dan dihiris nipis2.
  • 6 biji cili merah di buang biji dan di hiris nipis2
  • 3 biji bawang merah besar di hiris nipis2.
  • 3 sudu gula
  • 3 sudu cuka masakan

Cara2;

Hiris semua bahan kemudian gaulkan bersama gula dan cuka.

Selamat Mencuba!




Catat Ulasan