Selasa, 16 Mei 2017

KUEY TEOW LADNA THAI








Bahan:
1 bungkus Kuey Teow 
Sotong 
Udang 
Cendawan Butang
4 helai daun limau purut
2 sudu besar tepung jagung bancuh bersama sedikit air sehingga sebati
4 ulas bawang putih. cincang halus.
1 batang carrot
sedikit baby corn 
5 biji cili padi (pecah2kan.. kalau nak pedas lagi, tambahkan)
sedikit bunga kobis 
sedikit sawi
1 sudu besar taucu 
1 sudu besar sos tiram 
1 sudu besar sos ikan (kalau tak letak pun takpe) 
sedikit kicap
ayam dan daging. (rebus untuk dptkan airnya)
*AIR REBUSAN AYAM & DAGING

Bahan hiasan:
Cili hidup merah dan hijau, 
Limau kasturi 
Daun sup 
Daun Bawang

Cara2 membuatnya:
  1. Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.
  2. Panaskan kuali/frying pan dan goreng tanpa minyak. Gunakan kuali/frying pan yang non- stick (tidak melekat)..sebab rai tak suka berminyak2 nanti kuah nya.
  3. Angkat dan biarkan seketika.
  4. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau. masukkan daun limau purut.
  5. Masukkan ayam dan daging yang ditoskan tadi.
  6. Masukkan sos tiram, taucu dan sos ikan.
  7. Masukkan air rebusan ayam dan daging tadi
  8. Bila dah mendidih, masukkan bunga kobis + jagung + tepung jagung.
  9. Perahkan sedikit limau kasturi
  10. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan sawi. masukkan garam kalau tak cukup masin lagi.
  11. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih. angkat. Jangan terlalu lama. nanti sotong dan udang kecut. curahkan kuah ke atas kuey teow tadi..





Catat Ulasan