Bahan:
1 bungkus Kuey Teow
Sotong
Udang
Cendawan Butang
4 helai daun limau purut
2 sudu besar tepung jagung bancuh bersama sedikit air sehingga sebati
4 ulas bawang putih. cincang halus.
1 batang carrot
sedikit baby corn
5 biji cili padi (pecah2kan.. kalau nak pedas lagi, tambahkan)
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
1 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan (kalau tak letak pun takpe)
sedikit kicap
ayam dan daging. (rebus untuk dptkan airnya)
*AIR REBUSAN AYAM & DAGING
Bahan hiasan:
Cili hidup merah dan hijau,
Limau kasturi
Daun sup
Daun Bawang
Cara2 membuatnya:
- Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.
- Panaskan kuali/frying pan dan goreng tanpa minyak. Gunakan kuali/frying pan yang non- stick (tidak melekat)..sebab rai tak suka berminyak2 nanti kuah nya.
- Angkat dan biarkan seketika.
- Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau. masukkan daun limau purut.
- Masukkan ayam dan daging yang ditoskan tadi.
- Masukkan sos tiram, taucu dan sos ikan.
- Masukkan air rebusan ayam dan daging tadi
- Bila dah mendidih, masukkan bunga kobis + jagung + tepung jagung.
- Perahkan sedikit limau kasturi
- Akhir sekali masukkan udang, sotong dan sawi. masukkan garam kalau tak cukup masin lagi.
- Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih. angkat. Jangan terlalu lama. nanti sotong dan udang kecut. curahkan kuah ke atas kuey teow tadi..