Selasa, 22 November 2016

Kuetiaw Hailam









BAHAN-BAHAN:
300gm kuetiaw | dicuci
100gm bawang putih | dikisar
200gm kubis bunga
100gm sawi
100gm lobak merah | dihiris
200gm isi ayam | dihiris
50gm sotong | dihiris
4 batang cili merah | dihiris
200gm udang | dihiris
1 sudu makan kicap pekat
100gm sos tiram
100gm stok ayam
50gm bawang goreng
30gm gula
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya


CARA MEMASAK:
  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Selepas itu masukkan isi ayam, udang dan sotong. Kacau rata sehingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan kubis bunga, lobak merah dan sawi. Kacau seketika.
  4. Masukkan air, kicap pekat, stok ayam, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sehingga mendidih.
  5. Apabila sudah mendidih dan pekat, masukkan kuetiaw tadi. Gaul sehingga rata.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.


Sumber : Rasa/karangkraf
Catat Ulasan