Rabu, 23 November 2016

MEE REBUS SIAM







Bahan-bahan:1½ kg mee kuning (dicelur)
½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)

Bahan kuah:
  • 1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)
  • 3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
  • 300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
  • 2½ cm halia*
  • 2 cm lengkuas*
  • 2 batang serai*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 sudu makan penuh rempah kari ikan
  • 6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
  • 1 kg keledek (direbus dan lecek halus)
  • sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional)
  • Lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
  • garam dan gula secukupnya
  • 3 senduk minyak masak.

Cara:
  1. Kisar bahan-bahan * dan campurkan dgn rempah kari ikan. Gaul rata. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing. 
  3. Masukkan daging,/tetelan, taucheo, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula. 
  4. Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dgn selera anda.
  5. Biarkan kuah mendidih baru diangkat.

Bahan taburan:
Daun sup/bawang, lada hijau/merah, bawang goreng, tahu goreng, limau kasturi, telur rebus.

Nota: Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya. Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari ! Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yg diajar oleh ibu saya. Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tpg jagung utk memekatkan kuah.


Sumber : Resepi Orang Kampung
Catat Ulasan