Bahan-bahannya :
● 5 ketul ayam
● 3 sudu makan kicap pekat
● 3 sudu makan sos tiram
● 1 sudu makan kicap masin
● 3 sudu makan madu
● Sedikit minyak
Cara-cara
- Ayam dipotong kecil/sederhana.
- Bersihkan ayam, masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap masin, gaulkan sehingga rata.
- Panaskan minyak atas kuali, dgn api yg kecil, masukkan ayam, tutup kuali sehingga ayam tu nampak agak-agak dah masak.
- Kuatkan api supaya air dalam kuali sedikit kering.
- Masukkan madu, gaul rata, rasakan masin manisnya (boleh tambah bahan-bahan kicap/madu mengikut selera masing-masing).
- Gaul sampai air dlm kuali betul-betul kering, sedia untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan