Isnin, 7 November 2016

MAGGY GORENG MAMAK








Bahan-bahan:
1 paket maggie kari
2 telur

Untuk membuat kuah:
Sos cili life secukupnya
Sos tomato secukupnya
Kicap pekat secukupnya

Untuk membuat perencah:
Sedikit tauhu goreng
Sedikit daun sawi
Sedikit tomato yang dipotong 4
Maggi cukup rasa secukupnya
5 ekor udang

Cara-cara membuat:
  1. Rebus dahulu maggie didalam periuk sehingga sedikit lembut kemudian toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  3. Kemudian masukkan sos cili,sos tomato dan telur.
  4. Setelah agak sebati,masukkan maggi dan serbuk perencah maggi kari.
  5. Kemudian,masukkan udang,sawi,tomato,tauhu dan taburkan maggi cukup rasa.
  6. Kacau bahan-bahan yang telah di goreng tersebut sehingga sebati dan telur tersebut menjadi ketul-ketulan kecil.
  7. Biarkan seketika dalam 5 minit sehingga udang kemerahan dan masak.
  8. Jika sudah rasa okay bolehlah dihidangkan.


Tiada ulasan: