Selasa, 29 November 2016

NASI BRIYANI GAM










Bahan-Bahan:

Bahan-bahan (Untuk nasi) 
  • 5 cawan* beras basmathi (or Beras Puteri) 
  • 1 cawan ghee (minyak sapi) 
  • 1 sudu teh buah pelaga 
  • 1 inci kayu manis 
  • 5 bunga lawang 
  • 1 sudu teh jintan manis 
  • setengah sudu teh koma koma (saffron) 
  • 6 ulas bawang putih -hiris halus 
  • 10 ulas bawang merah - hiris halus 
  • 1 inci halia - hiris halus 
  • 5 sudu makan rempah beriyani (pes) 
  • Segenggam gajus 
  • Segenggam raisins 
  • 5 cawan air 
  • Garam secukup rasa 

(*cawan = cawan kopi) Bahan-bahan untuk lauk: 
  • 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6x6x5 cm 
  • 5 biji kentang (belah dua) 
  • 8 biji telur rebus keras 
  • Setengah cawan ghee (minyak sapi) 
  • 1 sudu teh buah pelaga 
  • 1 inci kayu manis 
  • 5 bunga lawang 
  • 1 sudu teh jintan manis 
  • 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris 
  • 5 ulas bawang putih - kisar 
  • 10 ulas bawang merah - kisar 
  • 1 inci halia - kisar 
  • 6 sudu makan rempah beriyani (pes) 
  • Segenggam gajus 
  • Segenggam raisins 
  • Air - cover daging + 1 - 2 cawan extra 
  • Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 atau 2 sudu makan tomato puri

Cara memasak nasi: 
  1. Pijarkan minyak sapi 
  2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum 
  3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau 
  4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata 
  5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata 
  6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata 
  7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak 

Cara memasak lauk: 
  1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau 
  2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak 
  3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan. 
  4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk 
  5. Masukkan bahan bahan lain dan 3 - 4 cawan air lagi. Kacau rata. 

Now this is where the name "Gam" comes in 

Peralatan: 
  • Alat kukusan 
  • Kain muslin, untuk mengalas kukusan 
  • Kain kapas yang agak panjang (3 meter) 
  • Kanji/perekat (masak tepung kanji) 

Cara: 
  1. Masukkan lauk yang separa masak kedalam periuk kukusan (tempat yang selalunya kita bubuh air). Tambahkan anggaran secawan air jika perlu dan gaul rata. 
  2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers) 
  3. Masukkan nasi yang separuh masak ke dalam bekas kukusan 
  4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk 
  5. Celupkan kain kapas dengan kanji 
  6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus. Pastikan iktannya agak kejap. No steam should be able to escape. 
  7. Letak atas api yang perlahan 
  8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam 
  9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus 
  10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak by now. 
  11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.Tambah air untuk lauk jika perlu.
Cadangan Hidangan:
  1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan 
  2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut 
  3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut 
  4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang. 
  5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan 
  6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan

Tambahan:
Memasak nasi biryani gam ini perlu dicuba beberapa kali untuk dapatkan kepekatan kuah yang tepat. Kalau first time, perlu di check selalu lauknya, kalau agak kering, tambahkan air, gaul rata dan sambung proses mengukus.


Catat Ulasan