Jumaat, 26 Ogos 2016

KEK COKLAT MOIST









Bahan Kek

  • 5 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung superfine@tepung kek
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula halus
  • 1 1/4 cawan susu pekat
  • 2 1/2 cawan susu segar@susu cair@susu coklat@air biasa
  • 1 1/2 cawan minyak
  • 1 1/2 baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sk garam

Bahan Topping @ Ganache Coklat
  • 100ml whipping cream/fresh cream
  • 250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
  • 1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
  • 1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)

Cara-cara:

  1. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat.Ketepikan.
  2. Pukul telur dan juga gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi sebati. (Guna blender pon tak mengapa)
  3. Masukkan susu segar@susu cair. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan minyak.
  4. Oleskan loyang dengan sedikit butter/marjerin, tuang adunan kek dan kukus lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. kek nih boleh juga dibakar di oven dengan suhu 170.
  5. Sejukkan kek. Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi.
  6. Masukkan peti ais kemudian baru potong dan hidang.

Untuk topping coklat seperti gambar, curah ganache dua kali. Sekali utk salut kek, dan sekali lagi utk topping yg meleleh. Untuk salut kek .... buat satu adunan topping di atas. Lebihan ganache .... simpan dan sejukkan dalam peti ais sebentar untuk paipkan border atau buat bunga. Untuk topping meleleh tuh ... buat setengah adunan dr resepi topping di atas. Kene pastikan kek sejuk dan topping pertama dah beku supaya topping meleleh cantik dan tak cair sangat.


Tiada ulasan: