Isnin, 25 Julai 2016

IKAN PARI ASAM PEDAS JOHOR








Bahan-bahannya:
1/2 kg ikan pari
10-15 biji cili kering (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan (dikisar)
1 batang serai (dititik)
1 btg bunga kantan
sedikit daun kesum
1 sudu lada hitam (ditumbuk )
1 sudu jintan manis (ditumbuk)
1 mangkuk air asam jawa
garam, gula & perasa
minyak untuk menumis

Cara-caranyer :
  • Cili kering hendaklah direndam dalam air panas selama 10-15 minit, kemudian dibersihkan dan dikisar. 
  • Kemudian kisar pula Bawang merah, bawang putih dan belacan. 
  • Panas minyak dan tumis Bawang merah yang dikisar bersama bawang putih dan belacan kacau sehingga bawang kekuningan. 
  • Masukkan cili yang telah dikisar. 
  • Kacau sebentar masukkan serai, lada hitam dan jintan manis, biarkan sehingga pecah minyak . 
  • Setelah pecah minyak bolehlah dimasukkan air asam jawa. 
  • Biarkan sehingga mendidih kemudian boleh la dimasukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesum. 
  • akhir sekali perasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing. 
  • Biarkan sebentar sehingga kuah agak pekat. Masak sehingga ikan masak. So boleh la dihidang untuk berbuka..

Tiada ulasan: