Ahad, 24 Julai 2016

SUP DAGING




Bahan:1.5kg daging batang pinang dipotong kecil.. basuh dan toskan
1 bungkus sup bunjut
3 biji kentang dipotong 4
1/2 biji karet dipotong ikut suka
daun sup bawang potong kecil
bawang goreng

Bahan tumis:7 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
2 inci halia*
3 batang akar pokok daun sup*
2 batang serai dititik
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
2 sudu lada hitam biji.. tumbuk lumat
garam & aji

Cara:

  1. rebus daging bersama sup bunjut dalam periuk.. dengan api perlahan..
  2. tumbuk bahan2 yang bertanda (*).. panaskan minyak dalam kuali..
  3. tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan bahan2 untuk ditumis yang lain hingga kekuningan.. tutup api..
  4. masukkan bahan tumis kedalam periuk daging..
  5. masak daging hingga lembut.. rasa garam dan aji secukup rasa..
  6. masukkan kentang.. bila kentang dah lembut masukkan pula karet..
  7. hidangkan sup dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup bawang dan bawang goreng.. 

Sumber
Catat Ulasan