Ahad, 24 Julai 2016

MEE KARI NYONYA







Bahan-bahan
3-4 paket kecil rempah kari daging , ikut nak pekat boleh letak banyak.
3 batang serai (diketuk)
2 cawan tulang ayam, direbus dengan 1 liter air untuk dapatkan stok
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan isi ayam, dipotong dadu
isi udang
isi kerang, rebus dahulu dan ambil isi
fish ball
fish cake
tauhu kembung (taufu pok orang panggil jangan risau ada yang halal)
mi kuning

Bahan kisar dengan sedikit air 
1/2 cawan cili kering yang telah direbus lembut
4 biji buah keras
1 inci lengkuas
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 inci halia
2 sudu besar udang kering tanpa kulit - rendam dulu untuk hilangkan masin

Bahan tabur atas 
Taugeh dicelur
Daun bawang dan daun sup, dicincang
Bawang goreng

Cara penyediaan 
  1. bahan kisar dicampur bersama rempah dan gaul sebati. Jika pekat tambah air
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bercampur rempah sehingga wangi dan harum baunya menghasilkan pes cili yang sedap.. Masukkan sedikit garam dan gula. Ambil sedikit pes cili yang terhasil untuk dihidangkan bersama mee nanti sebagai sambal mee kari
  3. Tambah stok rebusan ayam kedalam bahan tumisan tadi dan kacau rata. Masukkan bahan bahan seperti isi ayam. Masaksehingga isi ayam empuk
  4. Masukkan santan dan kacau rata. Tambah air jika perlu atau jika terlalu pekat. Tambah garam jika perlu. Bila hampir mendidih masukkan fish ball, fish cake, tauhu kembung, udang dan kerang. Biar kuah mendidih dan bolehla diangkat untuk dihidangkan bersama mee yang dicelur.
  5. Boleh juga sediakan kuah bersama isi ayam. Bahan lain seperti udang, kerang fish cake dan fish ball dicelur masak dah hidangkan asing dalam mangkuk.
  6. Hidangkan bersama sambal cili yang kita simpan sedikit tadi. Jika nak lebih boleh gandakan bahan-bahannya


Tiada ulasan: