Bahan-bahan Nasi Goreng
(3 orang makan)
3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 seduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut suka)
sayur kubis (ikut suka)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa
Cara-cara
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau..Then masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.
- Masukkan ayam dan paste tomyam kalau kering masukan sikit air...kacau dan biarkan sehingga ayam masak..
- Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan2 tadi sikit kering .. pastuh bole la masukkan nasi..gaul hingga sebati pastu masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata
- Lepas nampak mcm berasap dsyat nasi tuh bole la tutup api nk serve... heart emoticon
Bahan-bahan Untuk paprik campur
sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (cth kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)
Cara-cara
- Tumiskan bawang putih hingga naik bau then masukkan cili giling dan tumis sampai garing
- Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air kacau sebati.
- Pastuh bole masukkan udang ayam dan sotong gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air..
- Bila semua dah masak boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran..gaul sampai semua masak kemudian boleh tutup api dan dihindangkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan