Ahad, 31 Julai 2016

RESEPI IKAN KEMBONG BAKAR BERLADA








Bahan-bahannya :
● 3 ekor ikan kembung besar
● 3 sudu besar cili kering kisar
● 1 batang serai
● 2 ulas bawang merah
● 2 ulas bawang putih
● 2 cm halia
● Garam dan gula secukup rasa
● Daun pisang
● Limau kasturi jika suka

Cara-caranya :

  1. Ikan dikelar bahagian tengahnya.
  2. Kisar serai, bawang merah, bawang putih, halia, garam dan gula pasir. Campurkan cili kisar hingga sebati.
  3. Lumurkan bahan kisar pada ikan hingga rata dan bungkus dengan daun pisang.
  4. Panggang ikan guna kayu arang atau masukkan dalam ketuhar hingga masak atau bakar atas kuali leper hingga masak. Pusingkan supaya sekata masaknya.

Catat Ulasan