Isnin, 25 Julai 2016

DAGING MASAK PAPRIK








Bahan-bahan
  • Daging 1/2 kg (ikut suka banyak mulut yang nak makan)
  • Bawang putih - 4 ulas
  • Bawang holand - 1 biji
  • Lobak merah + baby corn + kobis bunga + kacang panjang (aku tak boh takde stok) - potong panjang
  • 3 sudu besar cili kisar/giling
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • daun limau purut
  • gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak

  1. Rebus daging sampai empuk dan jangan buang air rebusan
  2. Tumis bawang putih dan cili giling sampai naik bau *jangan hangit ek
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit)
  4. Masukkan lobak merah bagi empuk dan daun limau purut
  5. Masukkan daging
  6. Masukkan baby corn dan kobis bunga 
  7. Gula dan garam secukupnya..biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang holland
  8. Kacau sedikit dan angkat

Catat Ulasan