Ahad, 31 Julai 2016

Kek lapis-lapis cheese







Bahan-bahan A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat
500ml susu segar(dipanaskan)
Bahan-bahan B:

500gm cheese cream (saya guna tatura)
10ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Cara membuat:

  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jgn sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dgn kertas minyak
  5. Panaskan susu segar di atas api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu(suam2 panas). Susun biskut tadi dalam bekas.
  7. Lepas tu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
  8. Ulang proses melapiskan biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
  9. Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dgn cara menapis serbuk biskut di atas lapisan cheese.
  11. Tekan2 sikit permukaan kek.
  12. Masukkan dalam peti sejuk, biarkan selama 6jam sebelum dipotong.


Tiada ulasan: