Selasa, 2 Ogos 2016

Asam Rebus Ikan Siakap






Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap - cuci bersih dan potong 3 (boleh ganti dengan ikan jenis lain jugak)
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1/2 inci lengkus muda *
  • 4 biji cili padi merah *
  • 1-2 sudu besar cili kering mesin (rebus cili kering dan blandkan)
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 10 tangkai daun kesum - ambil yang lembut je
  • 1-2 keping asam keping
  • 3 cawan air
  • sedikit gula, garam dan aji - sebagai perasa

Cara-cara

  1. Tumbuk atau kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Dalam periuk masukkan air dan bahan-bahan yang dikisar tadi beserta dengan asam keping, cili kering, bunga kantan dan daun kesum. Masak hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan. Perasakan sesedap rasa, biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah. Masak dengan api perlahan agak isi ikan masak sekata dan tidak hancur. Masak sekita 8-10 minit saja kerana isi ikan siakap lembut dan cepat masak. Padamkan api. Siap..SEDAPPP...

Tiada ulasan: