Sabtu, 6 Ogos 2016

SUP IKAN Sutera Merah








Bahan - Bahan Nya :-
  • 1/2 Kepala Ikan Merah (dicuci dengan asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir)
  • 2 Ulas Bawang Putih Dimayang
  • 1 Inci Halia Dimayang
  • 2 Ulas Bawang Merah Dihiris
  • 5 Biji Cili Padi Dimayang
  • 2 Sudu Besar Minyak Masak
  • 1 Sudu Teh Garam
  • 1/3 Sudu Teh Jintan Manis
  • 1/3 Sudu Teh Jintan Putih
  • 2 Inci Kayu manis
  • 1 Kuntum Bunga Lawang
  • 2 Kuntum Bunga Cengkih
  • 2 Biji Buah Pelaga
  • Sedikit Daun Sup dan Daun Bawang
  • Air Yang Secukup Nya

Cara - Cara Penyediaan :-
  1. Panaskan periuk terlebih dahulu. Tumiskan bawang putih, halia, bawang merah dan cili padi sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih.
  3. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan sedikit air dan garam.
  4. Masukkan kepala ikan. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Setelah api di tutup barulah dimasukkan daun bawang dan daun sup.

Catat Ulasan