Isnin, 8 Ogos 2016

Daging Masak Kicap Hitam








Bahan-bahan:
1 kg daging (potong nipis-nipis)
Bahan tumis:
4 biji bawang merah (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
2 biji bawang besar Bombay (hiris kasar)
125ml kicap pekat
5sm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
3 biji bawang besar Bombay
4 biji bawang putih
5sm halia
4 sudu makan cili giling (ikut citarasa)
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan bahan tumisan lain kecuali hirisan bawang besar. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan air secukupnya sehingga daging menjadi empuk. Masukkan pula kicap pekat dan air asam jawa, biarkan kuah memekat.
  3. Perasakan dengan garam dan masukkan bawang yang tekah dihiris kasar.
  4. Hidangan sedia dinikmati.


Catat Ulasan