Khamis, 4 Ogos 2016

DAGING PERCIK LILIN








BAHAN-BAHAN:
5 keping daging bahagian tenderloin
5 batang serai
250 ml santan
1 sudu makan beras | dikisar hancur bersama sedikit air
2 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
1 cm halia | dikisar
3 cm serai | dikisar hancur
1 sudu teh kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
5 batang lidi

CARA MEMASAK:
  1. Panaskan sedikit air dan masukkan semua bahan kisar.
  2. Kemudian masukkan daging. Biar mendidih sehingga empuk.
  3. Masukkan pula santan. Kacau sekejap.
  4. Kemudian masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biar hingga kuah pekat.
  5. Setelah masak, ambil daging tadi dan balut dengan serai serta cucuk kemas dengan lidi.

Tiada ulasan: