Khamis, 11 Ogos 2016

DAGING KURMA








BAHAN A
  • 1/2 KG LEBIH DAGING - 620 GM DIPOTONG SEDERHANA SAIZ 
  • 3 BIJI UBI KENTANG ( DIBELAH 4 ) 
  • 3/4 CAWAN AIR ASAM JAWA (NAK BAGI MASAM LETAK BANYAK SIKIT ASAM JAWA )
  • 4 ULAS BAWANG MERAH ( WANI GUNA BAWANG MERAH YG BESAR TU TAPI BUKAN BESAR SANGAT LA SEDERHANA BESAR JE )
  • 3 ULAS BAWANG PUTIH 
  • 1 INCI HALIA
  • 1 3/4 SUDU BESAR REMPAH KURMA ( DICAMPUR DENGAN SEDIKIT AIR ) 

BAHAN B 
  • 1 BATANG KULIT KAYU MANIS
  • 2 KUNTUM BUNGA CENGKIH
  • 2 BIJI BUAH PELAGA
  • 2 KUNTUM BUNGA LAWANG

BAHAN C
  • NISAN/ GULA MELAKA - 1/2 KERET
  • 11/4 CAWAN SANTAN
  • GARAM SECUKUP RASA

CARA-CARA

  1. BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN HALIA DIKISAR HALUS. PANASKAN MINYAK DI DALAM PERIUK DAN MASUKKAN BAHAN B TUMIS HINGGA NAIK WANGI DAN SETERUSNYA MASUKKAN BAHAN-BAHAN KISAR BESERTA DENGAN REMPAH KURMA YANG TELAH DICAMPUR DENGAN SEDIKIT AIR. TUMIS SEHINGGA NAIK MINYAK ATAU NAMPAK BERSINAR TUMISAN TU. 
  2. APABILA BAHAN TUMIS SUDAH BERSINAR , TERUS MASUKKAN DAGING DAN GAUL SEBATI. TUTUP PERIUK DAN RENEHKAN SELAMA 5- 7 MINIT. DALAM TEMPOH TERSEBUT, KACAU SEKALI SEKALA. MASA NI LAH AIR DAGING TU TURUN. MASUKKAN JUGA GARAM SECUKUP RASA.
  3. SELEPAS TEMPOH RENEH TERSEBUT, MASUKKAN AIR ASAM JAWA DAN UBI KENTANG. TUTUP SEKALI LAGI DAN RENEH LAGI DENGAN API SEDERHANA BESAR. MASA NI NAK TUNGGU PROSES DAGING EMPUK. RENEH LA DALAM 7- 10 MINIT.BUKA SEKALI SEKALA UNTUK KACAU.. SAMBIL TU BOLEH LETAK NISAN KE DALAM PERIUK.
  4. BILA KUAH TU NAMPAK AGAK PEKAT SIKIT DAN DAGING PUN DAH EMPUK, MASA NI KALAU TAK MASIN LAGI BOLEHLA TAMBAH KAN GARAM SEDIKIT ...BOLEHLA MASUKKAN SANTAN DAN KACAU SEKALI SEKALA DAN RENEH SEKALI LAGI UNTUK KUAH KURMA BETUL-BETUL PEKAT JIKA INGIN PEKATLAH.
  5. SIAP MASAK DAN HIDANGKANLAH !!!!!!


Catat Ulasan