Rabu, 10 Ogos 2016

NASI GORENG CENDAWAN








Bahan-Bahan:
3 mangkuk nasi putih
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - cincang
200 gm isi ayam - potong kecil-kecil (boleh diganti daging cincang n sotong)
1 sudu besar lada hitam yang telah dikisar
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 biji kobis ungu - dihiris halus (boleh diganti daun salad dan hirisan tomato)
1/2 biji capsicum kuning - didadu (boleh diganti cili merah di potong halus)
1 tin cendawan butang - dibelah 4
3 sudu besar kicap cair
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menggoreng

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan lada hitam kisar dan serbuk lada sulah. Kacau.
  3. Masukkan isi ayam, cendawan dan kicap cair, kacau.
  4. Masukkan lada benggala dan juga nasi putih. Kacau rata.
  5. Masukkan garam secukup rasa. Kacau semua biar sebati.
  6. Bila nasi nampak berasap, masukkan pula kobis ungu. Kacau sekejap, jangan sayur terlalu layu.Tutup api.
  7. Hidangkan panas-panas dengan sedikit kobis ungu sebagai ulam.

Tiada ulasan: