Ahad, 7 Ogos 2016

Resepi Daging Masak Lemak Cili Padi








Bahan-bahan :
  • 1 kg daging lembu - direbus sehingga lembut. Masa nak rebus air tu jangan banyak sangat macam nak buat sup, cukup sekadar paras daging je. Simpan air rebusan. Lepas empuk, barulah dipotong sesuka hati
  • 300 ml santan pekat
  • 3 helai daun limau purut - dicarik-carik
  • 2-3 biji kentang - dipotong
  • 2 batang Serai - diketuk
  • Garam secukupnya
  • 2-3 cawan air rebusan daging tadi secukupnya - kalau tak cukup tambah air biasa

Bahan ditumbuk :
  • 2-3 inci kunyit hidup
  • 7-8 biji cili padi merah dan hijau - supaya warna kuah cantik kena campur warna merah dan hijau
  • 3 ulas bawang merah

Cara-cara :
  1. Rebus kentang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Buang air rebusan tu.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk dan air rebusan daging, daun limau purut dan serai. Biar mendidih.
  3. Masukkan santan dan daging rebus dan kentang. Tambah air jika perlu atau kuah nampak kurang dan terlalu pekat. Masak seketika hingga kentang empuk. Rasa garamnya dan boleh la tutup api.

Tiada ulasan: